Rabu, 25 Ogos 2010
PANTUN POLITIK BARU
Orang mengail di lubuk batu
Dapat seekor ikan gelama
Dengan Islam kita bersatu
Nikmat akhirat pasti lama
Sekuntum bunga di dalam padi
Ambil sebatang cabut uratnya
Dalam jemaah menabur budi
Baru mudah jalan ke Putrajaya
Sirih berlipat sirih pinang
Sirih dari Pulau Mutiara
Jemaah kita boleh menang
Bila taqwa diambil kira
Tetak buluh panjang sepuluh
Mari jolok sarang penyengat
Dengan ilmu amalan disuluh
Baru kenal taktik penjahat
Akar keladi melilit selasih
Selasih tumbuh di hujung taman
Dengan zikirullah hati bersih
Mudah sokong pimpinan beriman
Anak negeri mencari tuba
Tuba dicari di Tanjung Jati
Politik baru mari cuba
Kemudahan Putrajaya sedang menanti
HMS Abu Bakar
Ogos2010
Labels:
PANTUN POLITIK BARU
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan