Sabtu, 18 Februari 2012

PANTUN PELUANG TERBUKA

menuju Putrajaya


Ranting dahlia molek dicantas
   Tinggi setara pohon siantan
Kebenaran sepatutnya letak di atas
   Dilaksanakan bila berkuasa Pakatan

Gugur rambutan menimpa tanah
   Berputik liat buahnya kurang
Kepimpinan Pakatan diyakini beramanah
   Jauh daripada sifat curang

Benih segemal ditabur-tabur
   Celahan rumput tumbuh kerinji
Budaya membaca boleh subur
   Bila pemimpin rajin mengaji

Hujung desa nyiru merata
   Singgahan camar berbulu lusuh
Pakatan Rakyat menaruh cita-cita
   Dengan keadilan rakyat diasuh

Bunga cempaka suntingan nyoya
   Jadi hiasan dalam jambangan
Bila Pakatan berkuasa di Putarajaya
   Buat suruhan tinggal larangan

Tanah seberang dilindungi kabut
   Tegak berdi pohonnya kapas
Nik Aziz nampak lembut
   Musuh politiknya sesak nafas

Kerat sekata daun mengkuang
   Di anjung rumah anyam teliti
Memerintah negara Pakatan berpeluang
   Dengan izin Allah selepas pilihanraya nanti


HMS ABU BAKAR
paksalleh.blogspot.com
RAwal1433/Feb2012

Tiada ulasan:

Catat Ulasan