Allah ciptakan manusia
Dengan sebaik-baik kejadian
Dari seorang lelaki& perempuan
Lahir berbagai-bagai keturunan
Dengan tujuan
Berkenal-kenalan
Diberitahu dalam
Al-Quran
Banyak pengajaran
Bagi yang beriman
Bagi yang ada
ilmu pengenalan
Ditengah jalan
ada gangguan
Wanita, arak dan
hiburan dan juga sukan
Terdedah aurat
lelaki dan perempuan
Bebas pergaulan
Berlakulah
perzinaan
Lahirlah ramai
anak tak sah taraf
Dulu dikenali
Anak luar nikah
Anak gampang
Tanpa Islam
manusia lebih teruk dari binatang
Hukum hudud
berani tentang
Diberi taraf
bermastautin kepada para pendatang
Tujuannya mahu
menang
Kali ini bukan
senang
Ditaburkan wang
Dari RM 100
Dari RM 500
Tali perkauman
pasti putus
Ditangan
gelombang BERSIH 2.0
Dasar ketuanan
bangsa jelas terpesong
Dalam keranda
mayat diusong
Ketuanan Melayu
hanya gendang-gendang kosong
”Melayu Celup”
yang untung
Warga Felda duduk
termenung
Peneroka Felcra
duduk termenung
Penggiat Sastera
datang menolong
Daripada kalangan
Paksi
Seniman Paksi Rakyat
Dinsman
Dinsman
Pyanhabib
Hishamuddin Rais
HMS Abu Bakar
Muhaimin
Rahmat Haron
Mel Wings
Menggelupur
dacing
Putaran roda akan
berlaku
Slogan Ketuanan
Melayu tak laku
Kekalkan kuasa
dengan AUKU
Ditentang pelajar
di UPSI
Digerakkan dengan
deklamasi puisi yang bervisi
Derita bangsa
boleh diatasi
Dengan melupa
Hang Tuah
Diganti dengan
semangat Hang Jebat
”Aku Jebat
Rakyat biasa
Pangkat aku untuk
kepentingan rakyat
Bergerak aku
untuk membuat jasa kepada rakyat
Aku rela mati
untuk rakyat
Kerana aku mahu
keadilan
Keadilan ...
Keadilan ... Keadilan”
HMS ABU BAKAR
paksalleh.blogspot.com
RAwal1433/Feb2012
Tiada ulasan:
Catat Ulasan