Rabu, 1 Februari 2012

BERSIHKAN MALAYSIA




Malaysia
Melayu; Cina; India
Mendudukinya
Juga
Iban di Sarawak
Kadazan di Sabah
Mahu berubah
Tukar pemerintah
Tolak kuasawan jenis lintah
Tolak niagawan berwatak  lintah
Tolak agamawan keduniaan
Mahu merasai nikmat kebendaan
Lupa ancaman
Hari kemudian
Lupa amaran Tuhan
Azabnya tak tertahan
Menyedari bahaya di hadapan
Perlu persiapan
Perlu bermula
Mengumpul pahala
Betulkan yang ada di kepala
Terutama
Minda
Usaha perlu dilipat ganda
Ilmu tambah di dada
Hadir di majlis ilmu sentiasa
Menadah kitab
Di depan ustaz-ustaz haraki
Tolak ustaz ketuanan bangsa
”demi masa sesungguhnya manusia
itu berada di dalam kerugian’
Ahli-ahli politik bermazhab Michiavelli
Menyokong teori-teori jahat Yahudi
Membiaklah judi
Diberi lesen oleh Menteri Kewangan
Direstui oleh Jemaah Menteri
Menderita anak dan isteri
Kecuali di satu negeri
Dikenali sebagai Kelantan
Diketepikan budaya syaitan
Bersedia berkhidmat Pakatan
Di empat negeri
Dikuasai 4 negeri
Khidmat berkebajikan diberi
Rakyat marhaen diberi tumpuan
Pengurusan kewangan berjalan dengan baik
Diakui oleh Ketua Audit Negara
Tanda minda ceria
Rakyat di Kelantan
Rakyat di Kedah
Rakyat di Pulau Pinang
Rakyat di Selangor gembira
Mendoakan Putrajaya bertukar segera
Pengkhianat-pengkhianat Negara  boleh didakwa
Peguam Negara yang berwibawa
Di depan para Hakim yang adil dan taqwa
Bila Mahkamah bersatu
PDRM pula profesional
Penjawat-penjawat Awam bebas rasuah
Suka dengar tazkirah
Suka hadir dengar ceramah
Baru tahu indahnya Sunnah
Bila kuasawan beramanah
Bila ahli-ahli politik beramanah
Bila penjawat-penjawat Awam beramanah
Bila rakyat Malaysia melihat keadilan
Diperingkat Kerajaan Persekutuan
Kebajikan dirasai rakyat jelata
Ketua Kerajaan Pusat bermaruah
Ketua-Ketua Kerajaan Negeripun bermaruah
Raja-raja pun perlu berubah
Bila sistem demokrasi berparlimen beraja
Berjalan ikut Perlembagaan
Bersehlah Malaysia
Cita-cita murni
Perlu tindakan berani
Dari semua rakyat
Kaum Cina dah berubah
Kaum India dah berubah
Melayupun kena berubah
Berpakatlah untuk berubah
Bermula dengan Bersih Minda; hati dan nafsu
Baru betul jalan dituju
Baru wujud :
Negara aman makmur
Dan mendapat keampunan Tuhan


HMS ABU BAKAR
paksalleh.blogspot.com
RAwal1433/Feb2012


Tiada ulasan:

Catat Ulasan