Jumaat, 3 Februari 2012

LUPA AGAMA



Bila sedikit ilmu pengenalan
bila ada hanya ilmu pengetahuan
fikir hanya kebendaan
fikir hanya keduniaan
bila diuji Tuhan
bila jauh daripada rakan-rakan beriman
bila tinggal di England
lupa janji setia
dengan rakan-rakan
lupa kezaliman
di pihak kuasawan
dibeli blogger-blogger handalan
lupa jalan
lupa hari kemudian
berpusinglah badan
360 darjah
minda pun dijajah
minda jadi lemah
terus berubah
terus memuji perasuah
tanda jiwa bermasalah
tinggalkan reformasi tindakan yang salah
dalam hati berbelah-belah
tiba-tiba A.I disergah
dalam media massa perdana
ini tindakan hina
hina disisi agama
seksa di akhirat lama
dengan Abdullah Ubai pasti bersama
Iblis senyum saja
menawan seorang anak raja




HMS ABU BAKAR
paksalleh.blogspot.com
RAwal1433/Feb2012

Tiada ulasan:

Catat Ulasan