Jumaat, 11 November 2011

RINGKAS

Ustaz Wan Ahmad Tarmizi mengajar selepas Maghrib di Surau Taman Lela, Kamunting, Taiping pada 3 November 2011 dan dihadiri oleh hampir 75 orang jemaah. Buku yang dirujuk ialah Tazkira Ramadhan 2karangan beliau sendiri. Selesai kuliah, saya membawakan lima rangkap pantun:

Tangkap ikan dengan menjala,
   Dapat Baung juga Seluang,
Berkumpul kita di Surau Taman Lela,
   Dengan ilmu bangkitlah berjuang.

Dari menjala dapatlah ikan,
   Menjala pada siang hari,
Ilmu diperoleh terus diamalkan,
   Mudah keredhaan Allah dicari.

Selawang berenang melawan arus,
   Dari hilir menuju ke hulu,
Adakan tazkirah di Walimatulurus,
   Membuat maksiat terasa malu.

Bunga ros warnanya merah,
   Datang kumbang hinggap di kuntumnya,
Banyak faedah bila berhijrah,
   Membantu jemaah sedaya upaya.

Kumbang hinggap di pokok bunga,
   Harum bau sekitar taman,
Dengan agama keluarga dijaga,
   Inilah budaya orang beriman.



HMS ABU BAKAR
paksalleh.blogspot.com
Zulhijjah1432/Nov2011

Tiada ulasan:

Catat Ulasan