Khamis, 24 November 2011

MERDEKA DARIPADA DITIPU



Lima puluh empat tahun
Daripada Malaya
Jadi Malaysia
Beri sokongan yang sia-sia
Hilang status manusia
Terhakis semua
Budaya
Bahasa
Agama
Daripada Barat tiru semua
Lupa yang tua
Di akhirat tak berguna
Di akhirat pengikut Abdullah Ubai hina
Berhadapan seksa
Di dunia guna ISA
Mudah salahguna kuasa
Boleh tahan siapa saja
Yang ditahan diseksa
Keluarga di rumah terseksa
Berdoa kepada Yang Maha Esa
Yang Maha Berkuasa
Berilah yang lain berkuasa
Kemudahan ada disedia
Dalam Buku Jingga
Berkebajikanlah negara
Yang maaruf dibuat segera
Yang mungkar tetap dicela
Menumbangkan perasuah dapat pahala
Menumbangkan pengkhianat dapat pahala
Menumbangkan United Malays dapat pahala
Nasib rakyat jelata pasti dibela
Dengan agama
Dengan keadilan dalam kerja
Allah tetap dipuja
Berakhlak pula raja-raja
Allahuakbar jadi slogannya
Berketayap putih di kepala
Berjubah putih bila bersolat
Berjemaah bila bersolat
Bila jadi Ketua Negara
Kebaikan akan terasa
Umar Abdul Aziz jadi contohnya
Dibantu yang menguasai Putrajaya
Jemaah Menterinya berwibawa
Penjawat-penjawat awam beramanah
Tercatit dalam perkara 132
Perlembagaan Negara
Negara Berkebajikan
Direstui rakyat sekelian
Menghormati sesama insan
Berslogan
Berharmoni dalam kemanusiaan


HMS ABU BAKAR
paksalleh.blogspot.com
Zulhijjah1432/Nov2011

Tiada ulasan:

Catat Ulasan