Sabtu, 5 November 2011

PERALIHAN KUASA

Kuasa
Boleh menabur jasa
Tanpa mengira bangsa
Masing-masing ada cita rasa
Baru terasa
Bila berpuasa
Lapar dan dahaga
Dengan iman keluarga dijaga
Dari tarikan dunia
Berbentuk
Wanita, takhta dan harta
Terbeliak biji mata
Di akhirat menderita
Bila di dunia berdusta
Dalam Laporan Audit 2010
Ternyata
Berlaku ketirisan
Berlebih-lebih perbelanjaan
Hilang rasa tanggungjawab
Lupa balasan tuhan
Di hari kemudian
Disebabkan ketandusan iman
Disebabkan kejahilan
Dalam isu keagamaan
Berlaku banyak penyelewengan
Di peringkat negeri dan pusat
Kecuali yang ditadbir kumpulan reformasi
Di empat negeri
Kelantan
Kedah
Pulau Pinang
Selangor
Rakyat boleh tegur
Rakyat boleh beri kritikan membina
Mahu negeri berkebajikan dibina
Negara bertamadun
Pengkhianat mesti turun
PRU 13 peluang istimewa
Bergembira
Penyokong Mat Indera
Berundurlah pengkhianat negara
Dengan segera



HMS ABU BAKAR
paksalleh.blogspot.com
Zulhijjah1432/Nov2010

Tiada ulasan:

Catat Ulasan