Khamis, 3 November 2011
PANTUN CERAH DI MASA HADAPAN
Tetak nyirih galangkan dapur
Mari ditetak dengan dahannya
Parti perkauman sedang mengelupur
Muka pemimpinnya tak bercahaya
Tok Sami ke Teluk Lipat
Kain sekodi dibawa sama
Dengan ilmu taqwa pun dapat
Baru mudah hidup beragama
Tumbuh batik di tepi laman
Pokok berangan pokok teruntum
Berjihad hendaklah dengan iman
Baru musuh jatuh berdentum
Sisik atap disambung atap
Atap disisik di dangau padi
Kuasa penzalim boleh direntap
Kepada rakyat terus berbudi
Tempa kapak dengan beliung
Hendak tetak kayu berduri
Biawak hidup jangan diusung
Nanti rosak seluruh negeri
Rumah limas anjung selatan
Bunga kemuning tumbuh di laman
Menerima rasuah kerja syaitan
Dijauhi oleh golongan beriman
Rama-rama si kumbang jati
Khatib Indah pulang berkuda
Pemerintahan Pakatan nyata berkualiti
Membela rakyat dengan berpada-pada
Pinang certak pinang certi
Dihempas mari atas papan
Bila sentiasa ingat mati
Nescaya cerah di masa hadapan
HMS ABU BAKAR
paksalleh.blogspot.com
Zulhijjah1432/Nov2011
Labels:
PANTUN CERAH DI MASA HADAPAN
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan