Sabtu, 5 November 2011

KITA PERCAYA

 



9 Zulhijjah
Hari Sabtu
Dengan iman boleh bersatu
Dengan ilmu amalan bermutu
Dibenci yang berjiwa hantu
Dibenci manusia berotak kalkatu
Mereka bersatu dalam gerombolan perkauman
Bermatlamatkan keduniaan
Bersekongkol dalam kerja kerja kezaliman
Kaya raya dengan penyelewengan
Laporan Ketua Audit Negara sebagai rujukan
Pegawai-pegawai sepatutnya disalahkan
Cuai dalam urusan kewangan jabatan
Melanggar arahan perbendaharaan
Ini para penzalim tidak hiraukan
In para perasuah tidak hairan
Ini pimpinan politik asabiah tidak hairan
Bila keluar negara berbelanja sakan
Membeli belah persis nafsu kebinatangan
Beg tangan harganya begitu mahal
Media perdana takut nak soal
Takut nak laporkan
Ikut sahaja arahan tuan
Lupa kuasa Tuhan
Yang bersih dianggap kotor
Yang kotor dianggap bersih
Melihat Kompleks Putrajaya air liur orang kampung meleleh
Melihat KLIA penyokong gerombolan meleleh
Harga barang naik tetap menderita
Nilai RM menurun juga orang kampung harus sedar
Bila ikut media prokerajaan semuanya baik
Maklumlah, kerajaan BN
Barang Naik
Sekarang ditolak yang cerdik
Ditolak oleh generasi muda
Jiwa muda bersatu mahukan perubahan
Mahukan keadilan
Mahukan kebenaran
Inilah latar belakang Hari Raya Qurban
Nabi Ibrahim berkorban
Siti Hajar berkorban
Nabi Ismail berkorban
PRU-13 gerombolan rasuah kita humban
PRU-13 pimpinan zalim kita humban
Digantikan dengan iman dan setiakawan
Dengan aqidah Ibadurrahman
10 Zulhijjah membuka jalan
Jalan keberanian
Berani menghadapi apa-apa kemungkinan
Termasuk tipudaya
Dalam pilihanraya
Kuasa Allah kita percaya
Pertolongan Allah kita percaya
Kebolehan PR kita percaya
Mengusai Putrajaya kita percaya
Rakyat dapat kebajikan kita percaya
Negara aman makmur kita percaya
Mendapat keampunan Tuhan kita percaya



HMS ABU BAKAR
paksalleh.blogspot.com
Zulhijjah1432/Nov2011

Tiada ulasan:

Catat Ulasan