Bila mengenang
masa yang lalu
Teringat jasa
pejuang-pejuang tanah air tercinta
Mereka berjihad
bukan untuk tiga { ت }
Bukan kerana
wanita
Bukan kerana
harta
Bukan kerana
takhta
Tapi untuk agama
tercinta
Agama yang diredhai
Allah
Bermula pada
tahun 1951
Tertubuhlah Parti
Islam SeMalaya
Hasil usaha dan
kegigihan ulama kita
Bertaraf Pak
Lebai
Bertaraf Ustaz
Kampung
Ada sekarang ini
berjawatan
Menteri Besar
Ada yang jadi
Exco
Ada yang jadi Y.B
Bahkan di setengah
tempat ada yang bercita-cita
Nak jadi M.B
Ada yang nak jadi
Setiausaha Politik
Ada yang nak jadi
Setiausaha Sulit kepada M.B
Ada yang
bercita-cita nak dapat balak
Ada yang melihat ghanimah
Ada yang nak
membesarkan rumah
Ada yang ingin
hidup mewah
Ada yang ingin
jadi calon
Ada yang sanggup
memfitnah
Berbeza dengan
pengasas PAS yang awal-awal dulu
Di Negeri Perak
terserlah kepimpinan Ustaz Baharuddin Latiff,
Penuh dedikasi
Berjuang untuk
agama Allah
Biarpun susah dan
payah
Tetap istiqamah
Ikut Quran dan
Sunnah
Bacalah riwayat
hidup
Dr. Burhanuddin
Al-Helmy
Pergi ke Parlimen
menaiki teksi
Bukan kereta
berjenama Camry
Bukan nak jadi
Perdana Menteri
Tapi memikirkan
kebajikan anak negeri
Biarpun susah anak dan isteri
Biarpun susah anak dan isteri
Bila di tahan ISA
Dr. Burhanuddin
diseksa
Rakan-rakan lain
juga berjasa
Nama-nama mereka
tidak ditelan masa
Bacalah sejarah
60 Tahun parti kita
Ramai yang
menderita
Ramai yang dah
meninggalkan kita
Maklumlah
Sudah berlaku 60
Tahun
Daripada Allah kita
pohon
Iman dan taqwa
Bagi pimpinan
kita
Daripada ulama dan
profesional
Daripada pemimpin dan
ahli biasa
Sama-samalah kita
Menabur jasa
Di mana-mana saja
Allah saja dipuja
Raja adil raja
disembah
Raja zalim raja
disergah
Perbuatan zalim
berani tegah
Mempertahankan
agama, negara dan bangsa dengan amanah
Mempertahankan
Parti Islam Se Malaysia dengan jiwa raga
Di akhirat
harap-harap berada di syurga
*Dideklamasi di Program Sambutan 60 tahun PAS di Masjid Tinggi, Bagan Serai. 30Okt2011
*Dideklamasi di Program Sambutan 60 tahun PAS di Masjid Tinggi, Bagan Serai. 30Okt2011
HMS ABU BAKAR
paksalleh.blogspot.com
Zulhijjah1432/Okt2011
ISLAM DULU KINI DAN SELAMANYA
BalasPadam