Jumaat, 7 Oktober 2011

DOA DARI KAMI

"Tiap-tiap yang bernyawa akan merasai mati,
dan bahawasanya pada hari kiamat sajalah
akan disempurnakan balasan kamu
ketika itu sesiapa yang dijauhkan dari neraka
dan dimasukkan ke syurga
maka sesungguhnya ia telah berjaya
dan (ingatlah bahawa)
kehidupan di dunia ini
tidak lain hanyalah kesenangan bagi
orang-orang yang terperdaya"
Ayat 185 surah Ali Imran kena percaya
beramallah sedaya upaya
Azizi Haji Abdullah telah pergi meninggalkan kita
21 Ogos 2011 hari dukacita
21 hari umat Islam berpuasa
Taqwa jadi matlamat utama
Mudah memperolehnya
Bagi yang mengetahui cara-caranya
Bagi yang berada dalam jemaah
Bagi yang ikut Al-Quran dan As-Sunnah
Bersedialah masuk tanah
Buat suruhan Allah
Tinggal semua larangannya
Tinggalkan parti assabiah
Tumbangkan makhluk-makhluk perosak
Boleh melalui penulisan
Boleh melalui deklamasi puisi
Wadahnya PAKSI
Masih ingat jasa Azizi
Hasil kreatifnya membuka minda
Menegakkan yang maaruf
Mencegah yang munkar
Azizi sedar ini kerja sukar
Tulisannya diminati ramai
Ahli-ahli PAKSI tetap mengenang jasanya
Al-Fatihah kita baca
Kita hadiahkan pahalanya
Kepada
Arwah Azizi Haji Abdullah
Semoga dirahmati Allah.


*Dideklamasi semasa majlis tahlil dan doa selamat Allahyarham Azizi Haji Abdullah di warung rakyat bersebelahan bangunan lama DBP.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan