Jumaat, 28 Oktober 2011

CONTOHI DUA SULTAN

Contohi Dua Sultan


Bila pemimpin jahat
Rakyat menerima akibat
Harga barang-barang terus meningkat
Kos kehidupan melambung tinggi
Anak-anak kampung tanpa sarapan pagi
Berjalan kaki
Setiap hari
Terkena panas matahari
Rezeki perlu dicari
Mykad pula diberi
Kepada pendatang dari luar negara
Tujuannya
Satu saja
Mahu kekal berkuasa
Boleh mengumpul harta
Boleh simpan di luar negara
Lihat saja Muammar Ghadafi
Detik-detik akhir hayatnya
Menyedihkan
Menyorok dalam lubang kecil
Tinggal emas yang banyak
Tinggal kuasa
Tinggal segala-gala
Tinggal dunia yang sementara
Semasa berkuasa takabur
Sekarang semuanya lebur
Disoal dalam kubur
"Aku tidak tahu" kata orang fasik
"Aku tidak tahu" kata orang munafik
Di dunia semuanya tahu
Ambil sosialisma
Jadi pegangan negara
Ketepikan rukun-rukun agama
Lupa manusia yang mulia
Penyelamat bagi manusia
Tinggal Islam pada nama
Tinggallah dunia
Terimalah azab sensara
Bagi pimpinan durjana
Hudud terus dihina
Ulama akhirat dihina
Dalam kubur rugi yang hina
Firaun hina
Namrud hina
Haman hina
Abu Lahab hina
Abdullah Ubai hina
Menyedari ini
Mari ikut Nabi Muhammad s.a.w
Mari praktik ajaran Islam
Mari berjihad siang dan malam
Mari ikut Sultan Salahuddin Ayyubi
Mari ikut Sultan Muhammad Al-Fateh



HMS ABU BAKAR
paksalleh.blogspot.com
Zulhijjah1432/Okt2011



Tiada ulasan:

Catat Ulasan