Rabu, 26 Oktober 2011

KELAB WANITA CANTIK



Hari ini di Malaysia
Macam-macam ada
Media massa dimuatkan dengan propaganda
Dapat projek, komisen berganda-ganda
Mati suami, automatik jadi janda
Ada yang beranak tiga
Ada yang beranak dua
Perlu dijaga
Sudah tentu dengan agama
Membangun Islam tugas bersama
Himpunan Sejuta Umat hanya iklan saja
Pimpinan zalim terus dipuja
Gaddafi dah habis nyawa
Zainal Abidin dari Tunisia hilang kuasa
Hosni Mubarak dari Mesir hilang kuasa
Di negara kita
Perasuah-perasuah terus mengumpul harta
Bermesra dengan wanita-wanita jelita
Sekarang ada
"Kelab Wanita Cantik"
Bila-bila masa boleh dipetik
Boleh langgan melalui internet
Boleh buat apa saja
54 tahun berkuasa
54 tahun salahguna kuasa
Mahu terus berkuasa
Dengan apa-apa cara
Asal kuasai Putrajaya
Kata mereka
Pakatan Rakyat penghalang utama
Perlu dirobekkan segera
Dengan tipu daya
Dengan wanita-wanita jelita
"Sisters In Islam" tidak pula bersuara
JAIS diam saja
Bob Lokman terasa kecewa
Budaya jahiliyah dibiarkan saja
Budaya dakwah dihalang pula
Bila artis-artis bertudung kepala
Bertambah-tambahlah pahala
United Malays pening kepala
Isu murtad cuba dicerita
Hukum Hudud disekat pula
Di Shah Alam berkumpullah mereka
Di hadapan 5,000 peserta
Masing-masing ada cita-cita
Mahu ke syurga
Kepada orang-orang beriman
Tumbangkan pimpinan durjana
Adalah syarat utama



HMS ABU BAKAR
paksalleh.blogspot.com
Zulkaedah1432/Okt2011

Tiada ulasan:

Catat Ulasan