I
Ikan cencaru keluar petang
Mencari makanan dalam laut
Pemerintahan zalim kita tentang
Dengan Islam hati terpaut
Sunnah Nabi kita ikut
Hanya Allah kita takut
II
Ikan kembung ikan gelama
Berkembangbaik dalam laut
Membangun Islam kewajipan bersama
Aqidah benar kita ikut
Nama Shafie disebut-sebut
Di penjara Imam Abu Hanifah tak takut
Disebat berterusan
Hingga nyawanya habis
Di dalam penjara
Tuntutan agama dibuat segera
Menantilah syurga
III
Ikan keli ikan sepat
Dua jenis ikan darat
Maqam taqwa boleh dapat
Beribadatlah dengan penuh kudrat
Kebudayaan Barat
Akan terus pasang jerat
Dengan wanita, arak dan hiburan
Gunakan iklan-iklan
Memaparkan jelitawan-jelitawan
Menawan
Berdebar hati orang beriman
Mahu selamat kena ikut kumpulan
Kumpulan beriman
Kumpulan berilmu pengetahuan
Buat segala suruhan
Jauhilah semua larangan
Hapuskan perasaan perkauman
Hapuskan gerombolan ketuanan bangsa
54 tahun menyalahguna kuasa
Melakukan banyak dosa
Ingatlah masa
Demi masa
Sesungguhnya manusia itu berada
Di dalam kerugian
Kecuali yang beriman
Kecuali yang beramal soleh
Tawan Putrajaya kita boleh
Bila ditunaikan tuntutan BERSIH
HMS ABU BAKAR
paksalleh.bolgspot.com
Zulkaedah1432/Okt2011
Tiada ulasan:
Catat Ulasan