Khamis, 14 Oktober 2010

RUMAH SEBENAR



I
Manusia
Ada 3 keperluan asasi
Makanan
Pakaian
Rumah

II
Makanan untuk kesihatan badan
Dalam badan ada roh
Dengan zikrullah hiduplah roh
Buat yang Allah suruh
Buat yang Nabi suruh
Tanda jiwa teguh
Berjemaah solat Subuh

III
Pakaian untuk menutup aurat
Terdedah pula aktres Barat
Terdedah saja artis Barat
Sebenarnya ada muslihat
Dari apa yang dilihat
Orang ramai terus buat
Melakukan maksiat
Di laut dan di darat
Inilah tujuan Kebudayaan Barat
Mengembangkan budaya Hedonis
'wanita, arak dan hiburan'
Juga melalui sukan
Diberi hadiah cukup lumayan
Tingginya bayaran
Hidup penuh kemewahan

IV
Rumah
Tempat beristirehat
Tempat beribadat
Disuruh syariat

V
Rumah
Tanpa Quran jadi rumah hantu
Tanpa Qiamullail jadi tempat sunyi sepi
Seperti berada dalam kubur
Semuanya lebur
Sedangkan kubur adalah
Rumah kita sebenar-benarnya
Yang berjaya
Gembira
Yang celaka
Kecewa
Selama-lamanya

VI
Oleh itu milikilah
Rumah sejati
Semasa hidup di dunia
Kuncinya
Iman dan istiqamah


HMS Abu Bakar
paksalleh.blogspot.com
Zulkaedah1431/Okt2010

Tiada ulasan:

Catat Ulasan