Sabtu, 2 Oktober 2010

PANTUN BETUL AQIDAH



Burung pipit terbang sekawan
Makan padi turun ke sawah
Dengan Quran hati tertawan
Mudah pula ikut sunnah

Kawan pipit biasanya pipit
Kawan helang biasanya helang
Parti perkauman sudah tersepit
Dakwah Islamiah cuba dihalang

Burung helang terbang tinggi
Burung pipit terbang rendah
Orang sekular di akhirat rugi
Rambut isteri sentiasa terdedah

Burung pipit makan padi
Burung tempua bersarang rendah
Dengan jemaah mari berbudi
Di akhirat tentu dapat faedah

Pergi ke hutan menembak kera
Jatuh seekor dalam paya
Suruhan Allah buatlah segera
Betul aqidah akhirat berjaya

Air di paya nampak tenang
membiakkan sepat dan keli
Di akhirat mahu senang
Dengan jihad syurga dibeli


HMS Abu Bakar
paksalleh.blogspot.com
Sept 2010

Tiada ulasan:

Catat Ulasan