Ahad, 24 Oktober 2010

PIRAMID DI MESIR TINGGAL HANYA WARISAN SEJARAH



Bangunan Warisan
Hanya suatu keinginan
Untuk rakyat di hari hadapan
Di hari yang penuh kekuasaan
Beramal soleh
Beramanah dalam tugas
Berkasih sayang sesama manusia
Menuntut ilmu selagi ada usia
Mengamalkan ilmu dengan keikhlasan
Berpesan-pesan
Tentang kebenaran
Kebenaran ajaran
Daripada Al-Quran
Qarun seorang hartawan
Membodek Firaun secara keterlaluan
Di belakangnya ialah Haman
Penjawat awam yang berpengalaman
Ajaran Nabi Musa tidak dihiraukan
Bina piramid sebagai hiasan
Guna tenaga rakyat tanpa kasihan
Kekal ke hari ini
Qarun mati ditelan bumi
Firaun tenggelam di Laut Merah
Haman juga musnah
Tiga serangkai ini dikutuk Allah
Biar hilang nyawa hanya helah
Takut akan kalah
Pasti berlaku bila kehendak Allah
Hilang nyawa
Berlaku bila Izrail tiba
Pakar dalam tugasnya
Iaitu mencabut nyawa
Bangunan 100 tingkat tidaklah utama
Tinggal piramid hanya warisan
Firaun pula ke mana?

HMS Abu Bakar
paksalleh.blogspot.com
Zulkaedah1431/Oktober2010

Tiada ulasan:

Catat Ulasan