Khamis, 21 Oktober 2010

BERMULA DARIPADA PARTI



Bila menjadi pemimpin
Mesti bercita-cita murni
Mahu mewujudkan masyarakat madani
Mesti berani
Menghadapi risiko
Risiko
Kalah dalam pemilihan
Perlu banyak kawan
Minimakan lawan
Lawan
Berada dalam parti kita
Berbeza cita-cita
Ada yang ingin kumpul harta
Ada yang sanggup menderita
Seperti ' lebam mata '
Di sana sini rakyat bercerita
Zalimnya di pihak berkuasa
Mudah salahguna kuasa
Boleh guna ISA
Bila-bila masa
Biar pihak lawan terseksa
Biar dia rasa
Inilah budaya Macviavelli
Pakar strategi dari Itali
" matlamat manghalalkan cara "
Dosa pahala belakang kira
Yang penting kekal berkuasa
Orang reformis ini tak perlu ada

Kembalilah pada fitrah
Mesti ada iman
Mesti ada ilmu pengenalan
Mesti ada ilmu pengetahuan
Baru negara ada kemajuan
Baru dalam parti boleh wujud persaingan
Buat suruhan tinggal larangan
Bila ini ada pada pimpinan
Mudah menghadapi lawan
Lawan yang sudah lama pegang kuasa
Lawan yang memperalatkan penjawat-penjawat awam
Termaktub dalam Perkara 132
Perlembagaan Persekutuan
Kuasa tertinggi dalam Negara
Negara bernama Malaysia
Mengamalkan
Demokrasi Berparlimen Beraja
Yang Dipertuan Agung adalah Ketua Negara
Perdana Menteri adalah Ketua Kerajaan
Daripada kalangan Ahli Dewan Rakyat
Yang dapat mandat
Menubuhkan Kerajaan Pusat
Berkhidmat untuk rakyat
Rakyat daripada pelbagai kaum
Diperintah ikut hukum
Yang salah mesti dihukum
Baik dalam parti
Baik dalam kerajaan
Yang salah dikenakan hukuman
Selamatlah negara daripada penyelewengan


HMS Abu Bakar
paksalleh.blogspot.com
Zulkaedah1431/Okt2010

Tiada ulasan:

Catat Ulasan