Sabtu, 23 Oktober 2010

BIAR HILANG NYAWA

Sudahkah Anda Bersedia Menghadapinya?
  
 "Walau berkecai tulang dan juga badan, walau bercerai jasad dari nyawa. Saudara dan saudari, walau apa pun yang terjadi, Putrajaya mesti kita pertahankan!" kata Najib Razak ketika merasmikan perhimpunan agung Umno di PWTC.


Biar hilang nyawa
Berbaloi jika kerana Tuhan Yang Esa
Berbaloi jika kerana Agama
Berbekalkan ilmu pengenalan
Berbekalkan ilmu pengetahuan
Berbekalkan amalan soleh
Baru bermakna perjuangan
Boleh menilai pemimpin beramanah
Bebas daripada rasuah
Bebas daripada pecah amanah
Bebas daripada pemikiran penjajah
Bila sedar sebenar-benarnya rumah
Di bawah tanah
Pasti rasa jawatan besar itu amanah
Pasti cadangan bangunan 100 tingkat itu musnah
Pasti memikirkan rakyat yang susah
Pasti pandangan berubah
Pasti mahu sembah Allah
Pasti mahu ikut Sunnah
Pasti mahu ikut Jemaah
Pasti mahu nyawa disambung semula
Pasti mahu cari pahala
Berbekalkan ini
Terbinalah masyarakat madani
Baru hilang nyawa penuh bererti


HMS Abu Bakar
paksalleh.blogspot.com
Zulkaedah1431/Okt2010

Tiada ulasan:

Catat Ulasan