Ahad, 31 Oktober 2010
PANTUN PRK PARLIMEN BATU SAPI
Masak udang gulai tumis
Makan bersama seluruh keluarga
Turun mengundi hari Khamis
Hak rakyat kena dijaga
Makan bersama seluruh keluarga
Dapat sekali dalam seminggu
Hak rakyat kena jaga
Hak negeri jangan diganggu
Dapat sekali dalam seminggu
Sambil makan sambil bersembang
Hak negeri jangan diganggu
Baru demokrasi mudah berkembang
Sambil makan sambil bersembang
Secara tak langsung kita berdakwah
Baru demokrasi mudah berkembang
Tolak parti berbudaya rasuah
Secara langsung kita berdakwah
Boleh juga melalui puisi
Tolak parti berbudaya rasuah
Boleh di bawah sistem demokrasi
Boleh juga melalui puisi
Samada pantun atau sajak
Boleh di bawah sistem demokrasi
Di atas kebenaran elok berpijak
Samada pantun atau sajak
Mengajak manusia supaya berfikir
Di atas kebenaran elok berpijak
Prihatin terhadap yang miskin dan fakir
Mengajak manusia supaya berfikir
Terutama pentingnya hidup beragama
Prihatin terhadap yang miskin dan fakir
Membangunkan Islam tugas bersama
Terutama pentingnya hidup beragama
Diyakini oleh Ansari Abdullah
Membangunkan Islam tugas bersama
Semua ketentuan oleh Allah
Diyakini oleh Ansari Abdullah
Calon Parti Keadilan Rakyat
Semua ketentuan oleh Allah
Didoakan Pakatan Rakyat selamat
Calon Parti Keadilan Rakyat
Berjuang untuk kebajikan semua
Didoakan Pakatan Rakyat selamat
Memerintah Malaysia dengan jaya
Berjuang untuk kebajikan semua
Melayu, Cina, India, Iban-Kadazan
Memerintah Malaysia dengan jaya
Memberi manfaat kepada rakyat sekelian
Melayu, Cina, India, Iban-Kadazan
Penduduk terbesar di negara kita
Memberi manfaat kepada rakyat sekelian
Menjadi Ansari punya cita-cita
Penduduk terbesar di negara kita
Mahu hidup aman makmur
Menjadi Ansari punya cita-cita
Biar parti perkauman berkubur
HMS Abu Bakar
paksallehblogspot.com
Zulkaedah1431/Okt2010
Labels:
PANTUN PRK PARLIMEN BATU SAPI
Jumaat, 29 Oktober 2010
PANTUN PRK DUN GALAS
Pergi warung beli laksa
Bawa ke rumah untuk keluarga
Dua puluh tahun PAS berjasa
Membuka jalan rakyat ke syurga
Bawa ke rumah untuk keluarga
Dibaca doa sebelum makan
Membuka jalan rakyat ke syurga
Segala Sunnah Nabi diamalkan
Dibaca doa sebelum makan
Mengingati Allah pemberi rezeki
Segala Sunnah Nabi diamalkan
Munafik saja berhasad dengki
Mengingati Allah pemberi rezeki
Sekelian makhluk dalam alam
Munafik saja berhasad dengki
Nama saja berbunyi Islam
Sekelian makhluk dalam alam
Ada ghaib ada nyata
Nama saja berbunyi Islam
Ada hati tapi buta
Ada ghaib ada nyata
Diketahui manusia yang berakal
Ada hati tapi buta
Suka melakukan kerja nakal
Diketahui manusia yang berakal
Allah pencipta sekelian alam
Suka melakukan kerja nakal
Sokong parti menentang Islam
Allah pencipta sekelian alam
Dari tiada kepada ada
Sokong parti menentang Islam
Tanda iman kosong di dada
Dari tiada kepada ada
Contoh ternyata alam ini
Tanda iman kosong di dada
Buat maksiat cukup berani
Contoh ternyata alam ini
Di dalamnya ada tumbuh-tumbuhan
Buat maksiat cukup berani
Seperti mengingkari perintah Tuhan
Di dalamnya ada tumbuh-tumbuhan
Ada sungai ada laut
Seperti mengingkari perintah Tuhan
Lupa menanti saja Malaikat Maut
Ada sungai ada laut
Di dalamnya ada banyak ikan
Lupa menanti saja Malaikat Maut
Bila-bila masa nyawa ditamatkan
Di dalamnya ada banyak ikan
Cencaru dan juga bawal
Bila-bila masa nyawa ditamatkan
Dalam kubur semuanya di soal
Cencaru dan juga bawal
Mudah saja masuk pukat
Dalam kubur semuanya disoal
Dengan munafik jangan berpakat
Mudah saja masuk pukat
Berbagai jenis ikan di laut
Dengan munafik jangan berpakat
Di akhirat kelak tiada tempat berpaut
Berbagai jenis ikan di laut
Menjadi makanan bagi manusia
Di akhirat kelak tiada tempat berpaut
Menyokong asobiah kerja sia-sia
Menjadi makanan bagi manusia
Dari dulu hingga sekarang
Menyokong asobiah kerja sia-sia
Pimpinan mereka suka temberang
Dari dulu hingga sekarang
Matahari terbit dari timur
Pimpinan sekular yang temberang
Menyokong mereka membazirkan umur
Matahari terbit dari timur
Terbenam pula di sebelah barat
Menyokong mereka membazirkan umur
Menanggung derita di alam akhirat
Terbenam pula di sebelah barat
Berlaku pula setiap hari
Menanggung derita di alam akhirat
Perkara ini eloklah disedari
Berlaku pula setiap hari
Mencari rezeki untuk keluarga
Perkara ini eloklah disedari
Ulama petunjuk jalan ke syurga
Mencari rezeki untuk keluarga
Dengan membuka klinik perubatan
Ulama petunjuk jalan ke syurga
Menceritakan bahaya parti syaitan
Dengan membuka klinik perubatan
Dikenali penduduk Gua Musang
Menceritakan bahaya parti syaitan
Isu Ketuanan Melayu yang usang
Dikenali penduduk Gua Musang
Dr Zulkefli yang budiman
Isu Ketuanan Melayu yang usang
Silap-silap boleh merosakkan iman
Dr Zulkefli yang budiman
Lulusan daripada Universiti Malaya
Silap-silap boleh merosakkan iman
Bila khurafat mereka percaya
Lulusan daripada Universiti Malaya
Inilah Dr Zulkefli Mohamed
Bila khurafat mereka percaya
Membetulkan mereka perlu berjihad
Inilah Dr Zulkefli Mohamed
Suka membaca surah Al-Ikhlas
Membetulkan mereka perlu berjihad
Menangkan calon PAS di GALAS
HMS Abu Bakar
paksalleh.blogspot.com
Zulkaedah1431/Oktober2010
Labels:
PANTUN PRK DUN GALAS
JIWA SEORANG SEKULAR
Orang tua berjiwa sekular
Betul kata dia
Melayu mudah lupa
Semasa 22 tahun berkuasa
Dia banyak salahguna kuasa
Dia gunakan ISA
Dia tuduh Timbalannya
Sehingga 6 tahun dipenjarakan
Dia tidak hiraukan
Di waktu umur masa tambahan
Dikatanya tindakkan dia betul
Sekat bantuan kewangan kepada
Sekolah Agama Rakyat dia anggap betul
Dilaksanakannya PPSMI
Dia kata tindakkan itu betul
Bila nampak
Gerombolan perkauman sempit
Hampir tersepit
Dia tahu kejatuhan partinya tak dapat disekat
Dia merayu pertolongan
Dia mahu kekalkan kezaliman
Dia mahu kekalkan penyelewengan
Dia memang mudah lupa
Dia lupa nyawanya tinggal di hujung jalan
Dia lupa amal soleh
Dia lupa Munkar dan Nankir
Dia lupa balasan akhirat
Dia lupa dan terus lupa
HMS Abu Bakar
paksalleh.blogspot.com
Zulkaedah1431/Okt2010
Labels:
JIWA SEORANG SEKULAR
Khamis, 28 Oktober 2010
EMPAT ABU MENGIKUT SIRAH
I
Abu Jahal
Penentang Nabi s.a.w
Gembira bila Nabi s.a.w. dicerca
Mati berdarah di Badar
Ahli Neraka
II
Abu Lahab
Bapa saudara Nabi s.a.w.
Mengherdik Nabi s.a.w.
Ikut nafsu kebinatangannya
Mati sakit pelik
Jasadnya payah dihampiri
Jasadnya berbau busuk
Yang amat sangat
Ahli Neraka
III
Abu Talib
Juga bapa saudara Nabi s.a.w.
Membantu Nabi siang dan malam
Mati tak ikut Islam
Ahli Neraka
IV
Abu Bakar
Sahabat Nabi s.a.w. yang setia
Bapa mertua Nabi s.a.w.
Berhijrah ke Madinah bersama Nabi s.a.w.
Menjadi Khalifah Pertama
Ahli Syurga
V
Jika ingin ke Syurga
Ikutlah Abu Bakar As-Siddik
Tanda anda cerdik
Beriman dengan Al-Quran
Beriman dengan kerasulan Nabi s.a.w.
Tolak sejauh-jauhnya
Fahaman Kebangsaan
VI
Terimalah Abu Bakar
Sebagai pemimpin contoh
Yang menggantikan Nabi s.a.w.
Perjuangkan Islam dengan sepenuh hati
Bangunkan Islam dengan penuh dedikasi
Islam untuk semua
" ISLAM ADIL UNTUK SEMUA "
HMS Abu Bakar
paksalleh.blogspot.com
Zulkaedah1431/Okt2010
Labels:
EMPAT ABU MENGIKUT SIRAH
MENJELANG PRK DUN GALAS
Selesai hari penamaan calon
Dua yang diterima bertanding
Tentu tak setanding
Bila kelulusan hendak dibanding
Jauh bumi dengan bulan
Bulan terang-menderang
Daripada wajah jelas terbayang
Ikut akujanji dalam sembahyang
"Sesungguhnya solatku;
ibadatku;hidupku
dan matiku adalah untuk Allah;
Tuhan semesta alam"
Sudah tentu undi parti yang cintakan Islam
Menyedari rasuah itu haram
Menyedari politik wang itu haram
Mendedahkan aurat itu haram
Penolakkan kebenaran pasti karam
Seperti "Kapal Titanic" di lautan dalam
Pada tahun 1912 ia tenggelam
Harap pengundi di Galas faham
HMS Abu Bakar
paksalleh.blogspot.com
Zulkaedah1431/Okt2010
Para Pengundi sila layari Perbahasan Bajet 2011 oleh Ketua Pembangkang DSAI
Labels:
MENJELANG PRK DUN GALAS
MENJELANG PRK PARLIMEN BATU SAPI
Calon KeADILan - Ansari Abdullah |
4 November 2010
Ahli politik semangat mesti teguh
mewujudkan sistem dua parti
Pakatan Rakyat vs Barisan Nasional
Dimulai di Batu Sapi
Bila inginkan sistem baru
Ansari Abdullah perlu diberi undi
Dari Parti KeADILan Rakyat
Dari regu Pakatan Rakyat
Ini jalan selamat
Selamat untuk Sabah
Baik untuk Malaysia
KeADILan mampu merubah situasi
Menghapuskan korupsi
Menghapuskan konspirasi
Ada visi
Ada cita-cita murni
Mahu wujudkan masyarakat madani
Berkata benar mesti berani
Ini ada pada Ansari
Calon KeADILan di Batu Sapi
Kepadanya berilah undi
Kepada Allah kita berserah
Pasti masa depan yang cerah
Supaya Pakatan Rakyat memerintah
Selepas PRU-13
Di peringkat Pusat
Masyarakat majmuk InsyaAllah selamat
HMS Abu Bakar
paksalleh.blogspot.com
Zulkaedah1431/Okt2010
Para Pengundi sila layari Perbahasan Bajet 2011 oleh Ketua Pembangkang DSAI
Labels:
MENJELANG PRK PARLIMEN BATU SAPI
TETAP TENANG
Manusia
Mulia kerana amalnya
Mencari pahala sedaya upaya
Dengan ilmu mudah berjaya
Ilmu mengenal Allah
Ilmu mengenal Rasulullah
Sumbernya Al-Quran dan Sunnah
Berjiwa dengan jiwa mut'mainah
Jadilah pemimpin beramanah
Buat yang disuruh
Jauhi yang dilarang
Asasnya ialah sembahyang
Memohon kepada Yang Penyayang
Supaya calon PAS di Galas menang
Sewaktu Tahajjud airmata berlinang
Wajah Mursyidul Am tetap tenang
Dua puluh tahun dikepung ' beruang '
Disekat wang
Dilawannya dengan sembahyang
Sehingga Sami Buddha pun sayang
Penganut agama lain pun sayang
Dr Zulkefli Mohamad orang Galas sayang
InsyaAllah terbuka jalan untuk menang
HMS Abu Bakar
paksalleh.blogspot.com
Zulkaedah1431/Okt2010
Labels:
TETAP TENANG
Rabu, 27 Oktober 2010
PANTUN RENUNGAN SUCI
Tebang buluh lalang berpaut
Batang lurus dibuat titi
Cita-cita parti kena ikut
Dengan usaha sepenuh hati
Mengail ikan di atas titi
Dapat seekor ikan seluang
Jika anda sayangkan parti
Tolak yang berniat curang
Ikan seluang mudik ke hulu
Melihat umpan terus dimakan
Pembelot parti hendaklah malu
Ini bukan budaya rakan
Berenang ikan dalam paya
Datang hujan airnya keruh
Nampak cerah jalan ke Putrajaya
Dengan syarat dibaja roh
Dalam paya lompat katak
Datang ular terus dimakan
Pertahanan musuh sudah retak
Isu Putrajaya tujuan untuk menakutkan
Lepas joging minum sarsi
Rehat sebentar di dalam taman
Dalam parti elakkan konspirasi
Jadikan keadilan gandingan iman
HMS Abu Bakar
paksalleh.blogspot.com
Zulkaedah1431/Okt2010
Labels:
PANTUN RENUNGAN SUCI
WARTAWAN INGGERIS PELUK ISLAM
Lauren Booth |
I
Lauren Booth
Seorang wartawan
Press TV
Memeluk agama Islam
Sewaktu berumur 43 tahun
II
Abang ipar Lauren Booth
Tony Blair
Mantan PM Britain
III
Sekarang Lauren bertudung kepala
Bersolat lima waktu
Berhenti minum arak
Menjauhi makanan babi
IV
Harapan Lauren
Tony Blair akan berlembut dengan Islam
HMS Abu Bakar
paksalleh.blogspot.com
Zulkaedah1431/Okt2010
Labels:
WARTAWAN INGGERIS PELUK ISLAM
BIAR RAKYAT TENTUKAN
![]() |
Ketika seseorang telah meninggal, maka hilanglah dari jasadnya nyawa |
I
Walau berkecai tulang
Solat tidak boleh dihalang
Bersabar bila ditimpa malang
Tetap menjauhi larangan
Tetap buat suruhan
Tetap ikut perintah Tuhan
Orang munafik tentu tak tahan
II
Walau berkecai badan
Daripada Nabi diambil teladan
Bersihkan badan
Daripada fahaman perkauman
Terus pertahankan iman
III
Walau berkecai jasad dari nyawa
Iman tetap dijaga
Pastikan aurat dijaga di kalangan keluarga
Terutama isteri tercinta
Rakyat lihat dengan mata
Cara haram jangan kumpul harta
Di akhirat pasti menderita
IV
Walau apa pun terjadi
Tidak terima nasihat Yahudi
Tetap kawal aktiviti judi
Kawal juga pergaulan muda-mudi
Pasti anak gampang tak terjadi
V
Putrajaya mesti kita pertahankan
Dengan setiakawan
Dengan iman
Dengan ilmu pengetahuan
Baru bermakna Demokrasi Berparlimen
Baru negara aman
Bila berlaku perubahan
Bila redha dengan keputusan
Inilah budaya ' anak jantan '
HMS Abu Bakar
paksalleh.blogspot.com
Zulkaedah1431/Okt2010
Labels:
BIAR RAKYAT TENTUKAN
AMANAT
I
Amanat
Daripada yang kuat
Daripada yang ada kuasa
Ingat Yang Maha Kuasa
Allah Yang Maha Esa
Bersumpah dengan masa
II
Demi masa
Sesungguhnya manusia itu
Berada di dalam kerugian
Waspadalah Ketua Kerajaan
Di peringkat Persekutuan
Elak gunakan ugutan
Jangan ikut syaitan
Jangan ambil Yahudi sebagai penasihat
Jangan mudah beri amanat
Jika dengan Allah diri tak taat
Busana Muslim pun nampak aurat
Muka macam orang Barat
Tertawan buaya darat
III
Amanat
Pesanan
Amanah
Wasiat dan nasihat
Yang bercakap kena buat
Buat yang Allah suruh
Buat yang Nabi suruh
Berjemaah bila solat Subuh
Pasti kuat roh
Pasti jiwa teguh
IV
Bila pemimpin jiwa teguh
Bila pemimpin kuat roh
Baru boleh keluarkan amanat
V
Amanat pertama
Kena ikut agama
VI
Amanat kedua dan ketiga
Ajak rakyat menuju ke syurga
VII
Amanat keempat dan kelima
Bangunkan Islam bersama
VIII
Amanat keenam dan ketujuh
Perpaduan kaum boleh teguh
Dengan wujud sifat keterbukaan
Dalam pemerintahan
Buat suruhan
Tinggal larangan
Diri sendiri di hadapan
Baru amanat memberi kesan
Berbaik-baik sesama insan
Dinanti-nanti rakyat sekelian
HMS Abu bakar
paksalleh.blogspot.com
Zulkaedah1431/Okt2010
Selasa, 26 Oktober 2010
Dr ZULKEFLI MOHAMED
I
Calon PAS di DUN Galas
Dr Zul seorang yang ikhlas
Suka membaca surah Al-Ikhlas
Allah tentu membalas
Kemenangan yang kemas
II
Dr Zulkefli Mohamad
Baru berumur 44 tahun
Keredhaan sentiasa dipohon
Rahmat Allah bertimbun-timbun
Kemenangan Allah yang susun
Perlu hanya 5,000 undi
Daripada orang yang ingin berbudi
Dengan calon PAS yang suka berbudi
Dikenali baik orang-orang Asli
Datang ke klinik menerima rawatan
Dengan senyuman
InsyaAllah 4 November jadilah orang kenamaan
Bergelar Y.B.
Inilah doa kami
Daripada pengundi-pengundi
Di DUN Galas
HMS Abu Bakar
paksalleh.blogspot.com
Zulkaedah1431/Okt2010
Labels:
Dr ZULKEFLI MOHAMED
PRK DUN GALAS 2010
I
4 November 2010
Hari Khamis penuh bermakna
Suatu golongan jadi hina
Bila pandai menyalahguna kuasa
Bila pandai bermuka-muka
Buat kerja-kerja mengundang ke Neraka
Bila terang-terang lawan jemaah
Yang ingin mendaulatkan agama
Membangunkan Islam bersama
Mereka berani mencerca
Mereka berani menentang kebenaran
Daripada Orientalis dapat pelajaran
Diguna pakai gerombolan kebangsaan
Melawan golongan kebenaran
Menggunakan kebendaan
Untuk meraih kemenangan
Tujuan hanya kebanggaan
II
Sudah dua puluh tahun kerajaan
Dipimpin ulama serba berkebolehan
Sami Buddha pun tertawan
Kelab Penyokong PAS ditubuhkan
Memberi sokongan
Kepada kebenaran
Ini yang mengerunkan puak lawan
InsyaAllah kesan doa para pejuang
Berteraskan sembahyang
Kita berharap calon bulan diistiharkan menang
HMS Abu Bakar
paksalleh.blogspot.com
Zulkaedah1431/Okt2010
Labels:
PRK DUN GALAS 2010
MUSIM HAJI 1431 HIJIRIAH
I
Bila tiba bulan Syawal
Bersedia mengerjakan Haji
Baik sesama suami isteri
Keredhaan Allah saja dicari
Rezeki halal saja dicari
Dengan ilmu mudah muhasabah diri
Kelemahan banyak pada diri
Kurang amal bakti
Cintakan dunia masih ada dalam hati
Takut pula nak mati
Inilah penyakit wahnn
Nafsu kita kena lawan
Dengan ilmu pengenalan
Daripada Al Quran
Dengan ilmu pengetahuan
Membawa kemajuan
Membawa pembangunan
II
Lahir berbagai jenis hiburan
Ditaja oleh syarikat perniagaan
Hadiahnya pun lumayan
Ada yang jadi jutawan
Ada yang jadi hartawan
Ada yang jadi masyhur dengan tulisan
Daripada wartawan-wartawan
Di media cetak
Di media elektronik
Dikenali di seluruh dunia
Dicipta oleh Kebudayaan Barat
Berteraskan kebendaan
Membawa kerosakan
Hilang sifat-sifat kemanusiaan
Wujud semangat kebangsaan
Biar hilang nyawa
Slogan yang tidak bermakna
Penyokongnya tetap hina
Bila mengabaikan ajaran agama
III
Bila tiba bulan Zulkaedah
Bermulalah penerbangan Haji
Dari Malaysia ke Arab Saudi
Ingat juga bahaya Yahudi
Ingat juga syarikat Yahudi
Apco Worldwide
Melalui nasihat ada racun
Semua terpendam dalam hati
Dengan Islam tetap irihati
Di hati Zionis
Aktres Hollywood nampak manis
Artis Barat nampak manis
Membawa budaya Hedonis
"Hidup hari ini lupa esok"
Dalam pantun dua baris
"Ulat bulu panjat durian
sedap dulu sakit kemudian"
IV
Bila tiba bulan Zulhijjah
Berduyun jemaah kita tiba di Tanah Suci
Berniat melakukan Haji
Allah saja dipuji
Kebudayaan Barat dipandang keji
Merosakkan muda mudi
Kebanyakkan di kalangan Ketuanan Melayu
Dengan pemimpin haprak semua jadi layu
Diatasinya dengan wahyu
Daripada Allah Yang Maha Mengetahui
Ucapan perkauman dijauhi
Bila digelar Mak Haji dan Pak Haji
HMS Abu Bakar
paksalleh.blogspot.com
Zulkaedah1431/Okt2010
Labels:
MUSIM HAJI 1431 HIJIRIAH
Isnin, 25 Oktober 2010
MAINKAN PERANAN
Gambar Hiasan |
" Semua pihak main peranan "
Membenteras rasuah
Membenteras penyelewengan
Membenteras pengkhianatan
Membenteras jenayah
Membenteras lompat parti
Membenteras politik wang
Dengan sembahyang
Dengan melaksanakan akujanji dalam solat
Menjadi budaya Islam
Melakukan maaruf
Menjauhi mungkar
Suasananya nampak sukar
Tapi boleh bertukar
Bila Putrajaya dikuasai oleh
Manusia berjiwa besar
Serta beramanah dan
Berakhlak mulia
HMS Abu Bakar
paksalleh.blogspot.com
Zulkaedah1431/Okt2010
Labels:
MAINKAN PERANAN
Ahad, 24 Oktober 2010
PIRAMID DI MESIR TINGGAL HANYA WARISAN SEJARAH
Bangunan Warisan
Hanya suatu keinginan
Untuk rakyat di hari hadapan
Di hari yang penuh kekuasaan
Beramal soleh
Beramanah dalam tugas
Berkasih sayang sesama manusia
Menuntut ilmu selagi ada usia
Mengamalkan ilmu dengan keikhlasan
Berpesan-pesan
Tentang kebenaran
Kebenaran ajaran
Daripada Al-Quran
Qarun seorang hartawan
Membodek Firaun secara keterlaluan
Di belakangnya ialah Haman
Penjawat awam yang berpengalaman
Ajaran Nabi Musa tidak dihiraukan
Bina piramid sebagai hiasan
Guna tenaga rakyat tanpa kasihan
Kekal ke hari ini
Qarun mati ditelan bumi
Firaun tenggelam di Laut Merah
Haman juga musnah
Tiga serangkai ini dikutuk Allah
Biar hilang nyawa hanya helah
Takut akan kalah
Pasti berlaku bila kehendak Allah
Hilang nyawa
Berlaku bila Izrail tiba
Pakar dalam tugasnya
Iaitu mencabut nyawa
Bangunan 100 tingkat tidaklah utama
Tinggal piramid hanya warisan
Firaun pula ke mana?
HMS Abu Bakar
paksalleh.blogspot.com
Zulkaedah1431/Oktober2010
Sabtu, 23 Oktober 2010
BIAR HILANG NYAWA
Sudahkah Anda Bersedia Menghadapinya? |
"Walau berkecai tulang dan juga badan, walau bercerai jasad dari nyawa. Saudara dan saudari, walau apa pun yang terjadi, Putrajaya mesti kita pertahankan!" kata Najib Razak ketika merasmikan perhimpunan agung Umno di PWTC.
Biar hilang nyawa
Berbaloi jika kerana Tuhan Yang Esa
Berbaloi jika kerana Agama
Berbekalkan ilmu pengenalan
Berbekalkan ilmu pengetahuan
Berbekalkan amalan soleh
Baru bermakna perjuangan
Boleh menilai pemimpin beramanah
Bebas daripada rasuah
Bebas daripada pecah amanah
Bebas daripada pemikiran penjajah
Bila sedar sebenar-benarnya rumah
Di bawah tanah
Pasti rasa jawatan besar itu amanah
Pasti cadangan bangunan 100 tingkat itu musnah
Pasti memikirkan rakyat yang susah
Pasti pandangan berubah
Pasti mahu sembah Allah
Pasti mahu ikut Sunnah
Pasti mahu ikut Jemaah
Pasti mahu nyawa disambung semula
Pasti mahu cari pahala
Berbekalkan ini
Terbinalah masyarakat madani
Baru hilang nyawa penuh bererti
HMS Abu Bakar
paksalleh.blogspot.com
Zulkaedah1431/Okt2010
Labels:
BIAR HILANG NYAWA
ASAS UNTUK BERSATU
Bila sedar akan musuh kita
Bersatu kita dalam cita-cita
Berjuang bukan untuk harta
Rakyat perlu diselamatkan
Negara perlu diselamatkan
Daripada bahaya perkauman
Dengan politik baru
Dengan budaya baru
Dalam kepelbagaian boleh bersatu
Dengan ilmu pengenalan
Dengan ilmu pengetahuan
Dengan semangat setiakawan
Putrajaya boleh ditawan
Dengan pemimpin berkebolehan
Dengan kesederhanaan dalam tindakan
Budaya ini kita ketengahkan
Bila ini jadi amalan
Teranglah jalan
Menuju kejayaan
HMS Abu Bakar
paksalleh.blogspot.com
Zulkaedah1431/Okt2010
Labels:
ASAS UNTUK BERSATU
Jumaat, 22 Oktober 2010
HANYA ADA SATU
I
Pilih dari tiga
Banyak perkara perlu diambil kira
Dosa dan pahala kena juga diambil kira
Bagi yang beragama
Suruhan Rasul buat segera
Bila ini diambil kira
Baru ahli-ahli gembira
Parti akan berupaya
Menghadapi karenah
Pelbagai ahli yang majmuk
Undi tak boleh dibeli
Undi diberi kepada yang ada hasrat
Menyelamatkan parti
Daripada bahaya dalaman
Bila lawan dijadikan teman
Bila fikir hanya kebendaan
Hilanglah kewarasan pertimbangan
Ini budaya politik lama
II
Pilih dari tiga
Bagi pejuang-pejuang Reformasi
Membenci korupsi
Membenci beli undi
Membenci kepura-puraan
Boleh dikenali daripada amalan sehari-hari
Depan cermin lihatlah diri
Kebaikan parti harus dicari
III
Dengan amalan politik baru
Dari tiga hanya ada satu
Pimpinan yang bemutu
Dengan ahlinya boleh bersatu
Boleh jadi imam solat lima waktu
Boleh jadi imam solat jenazah
Senyumannya indah
Mengundinya dapat faedah
Parti akan tetap jadi mantap
Menentang kepura-puraan dan rasuah
Ada pada yang beriman dan bermaruah
Serta beramanah
Harapan baru diidam-idamkan
HMS Abu Bakar
paksalleh.blogspot.com
Zulkaedah1431/Okt2010
Labels:
HANYA ADA SATU
DARI TIGA PILIH SATU
I
Dari tiga pilih satu
Tentu yang bermutu
Memudahkan kita bersatu
II
Dari tiga pilih satu
Yang itu sudah tentu
Boleh dijadikan menantu
Rupa ada
Akhlak pun ada
Ilmu pun ada
Pengalaman politik pun ada
Fulus sedikit ada
Wang bukan segala-galanya
Yang penting keupayaan bertindak
Menetapi kehendak ramai
Inilah politik baru
Harapan ahli hanya satu
Dalam kepelbagaian boleh bersatu
III
Dari tiga pilih satu
Boleh dinilai satu persatu
Keputusannya begitu
Ahli-ahli bersetuju
memilih yang kurang bermasalah
Ada rupa ada amanah
Ada ilmu ada maruah
Ada iman ada amal soleh
Calon yang serba boleh
HMS Abu Bakar
paksalleh.blogspot.com
Zulkaedah1431/Okt2010
Labels:
DARI TIGA PILIH SATU
Khamis, 21 Oktober 2010
BERMULA DARIPADA PARTI
Bila menjadi pemimpin
Mesti bercita-cita murni
Mahu mewujudkan masyarakat madani
Mesti berani
Menghadapi risiko
Risiko
Kalah dalam pemilihan
Perlu banyak kawan
Minimakan lawan
Lawan
Berada dalam parti kita
Berbeza cita-cita
Ada yang ingin kumpul harta
Ada yang sanggup menderita
Seperti ' lebam mata '
Di sana sini rakyat bercerita
Zalimnya di pihak berkuasa
Mudah salahguna kuasa
Boleh guna ISA
Bila-bila masa
Biar pihak lawan terseksa
Biar dia rasa
Inilah budaya Macviavelli
Pakar strategi dari Itali
" matlamat manghalalkan cara "
Dosa pahala belakang kira
Yang penting kekal berkuasa
Orang reformis ini tak perlu ada
Kembalilah pada fitrah
Mesti ada iman
Mesti ada ilmu pengenalan
Mesti ada ilmu pengetahuan
Baru negara ada kemajuan
Baru dalam parti boleh wujud persaingan
Buat suruhan tinggal larangan
Bila ini ada pada pimpinan
Mudah menghadapi lawan
Lawan yang sudah lama pegang kuasa
Lawan yang memperalatkan penjawat-penjawat awam
Termaktub dalam Perkara 132
Perlembagaan Persekutuan
Kuasa tertinggi dalam Negara
Negara bernama Malaysia
Mengamalkan
Demokrasi Berparlimen Beraja
Yang Dipertuan Agung adalah Ketua Negara
Perdana Menteri adalah Ketua Kerajaan
Daripada kalangan Ahli Dewan Rakyat
Yang dapat mandat
Menubuhkan Kerajaan Pusat
Berkhidmat untuk rakyat
Rakyat daripada pelbagai kaum
Diperintah ikut hukum
Yang salah mesti dihukum
Baik dalam parti
Baik dalam kerajaan
Yang salah dikenakan hukuman
Selamatlah negara daripada penyelewengan
HMS Abu Bakar
paksalleh.blogspot.com
Zulkaedah1431/Okt2010
Labels:
BERMULA DARIPADA PARTI
APA YANG SALAH
I
" Lompat parti tidak salah
selagi tidak abai tanggungjawab sebagai wakil rakyat "
Harus diingat menyokong perasuah tetap salah
Harus diingat menyokong penzalim tetap salah
Harus diingat menyokong perompak tetap salah
II
" Lompat parti tidak salah
selagi tidak abai tanggungjawab sebagai wakil rakyat "
Ini pendapat tanpa hujah orang sebelah sana
Biarpun dipandang hina
Biarpun menyalahi agama
Asalkan kekal jawatan selagi ada nyawa
III
Katanya
" Apa salahnya "
Harus diingat memang salah
Harus diingat lompat parti kerana disogok itu berdosa
Harus diingat lompat parti kerana habuan mewah itu berdosa
Harus diingat lompat parti kerana khianat itu berdosa
Harus diingat lompat parti kerana tidak amanah itu berdosa
Harus diingat di akhirat ada balasannya
HMS Abu Bakar
paksalleh.blogspot.com
Zulkaedah1431/Okt2010
Labels:
APA YANG SALAH
Rabu, 20 Oktober 2010
MASUK PARTI
Ada orang masuk parti
Niat jahat tersemat di hati
Bila-bila masa berubah hati
Bila ada tawaran
Lebih tinggi daripada gaji
Parti terus dikeji
Parti korup terus dipuji
Manusia jenis ini
Perosak masyarakat madani
Perosak demokrasi
Perlu di atasi
Dengan tarbiyah Nabi
Takut dengan Ilahi
Pasti maksiat dijauhi
Pasti tenggelam parti perkauman sempit
Dalam kubur dihimpit
Dipukul Nankir terus menjerit
Sakit... sakit...
HMS Abu Bakar
paksalleh.blogspot.com
Zulkaedah1431/Okt2010
Labels:
MASUK PARTI
BERSAMAMU
Bersamamu
Kerana ilmu
Kerana peribadimu
Berdakwah tanpa jemu
Tanpa makan jamu
Segak jasadmu
Bertemu
Di majlis-majlis ilmu
Bila ini ada pada Melayu
Bila ikut ajaran wahyu
Mudahlah bersatu
Baru hidup bermutu
Baru negara boleh maju
Ada hala tuju
Negara berubah
Negara berkat
Negara selamat
Rakyat pun selamat
Inilah hasrat
Rakyat beriman
HMS Abu Bakar
paksalleh.blogspot.com
Zulkaedah1431/Okt2010
Selasa, 19 Oktober 2010
BILA ELAUN IMAM NAIK
Gambar Hiasan |
Rakyat
Menanti perubahan
Menanti pembentangan Bajet
Menanti penambahan rezeki
Doa imam-imam dimakbulkan
Elaun imam dinaikkan
Syukur pada Tuhan
Berani mengatakan bahaya kemungkaran
Berani buat perubahan
Berani kerana benar
Benar dengan Allah
Benar dengan Rasulullah
Benar dengan parti
Benar dengan jemaah
Benar pada janji
"Sesungguhnya solatku,
Ibadatku, hidupku dan matiku
adalah untuk Allah tuhan
semesta alam"
Dilakukan pada siang dan malam
Pasti rejim korup tenggelam
Pasti rejim zalim tenggelam
Pasti tutup kelab-kelab malam
Bila orang Melayu ikut Islam
Bila rakyat Malaysia faham Islam
Inilah tugas imam
Elaun lebih kerja dakwah pun
Kena lebih
Baru beriman dan beramal soleh
Bila rakyat beriman
Bila rakyat beramal soleh
Pimpinan politik pun beramal soleh
Ketua negara pun beramal soleh
Baru bertepatan dengan
Slogan 'Malaysia Boleh'
HMS Abu Bakar
paksalleh.blogspot.com
Zulkaedah1431H/Okt2010
Labels:
BILA ELAUN IMAM NAIK
BAJET RAKYAT
Pembentangan Belanjawan
Di Dewan Rakyat
Sekarang
Dikenali Bajet Rakyat
Isi diberi kepada kroni
Rakyat jelata pula dapat kuah
Kroni-kroni hidup mewah
Biasa di akhir zaman
Beri kemudahan kepada kawan
Zalimi pihak lawan
Putrajaya jadi buruan
Bagi yang berkepentingan
Tetapi bagi yang mahu perubahan
Dalam pilihanraya tetap berlawan
Dibenarkan di dalam
Sistem Demokrasi Berparlimen
Yang lebih kerusi di Dewan Rakyat
Boleh tubuh kerajaan
Kerajaan di peringkat Persekutuan
Bila 53 tahun pegang kuasa
Sedapnya rasa
Boleh buat apa saja
Ada ISA
Ikut Suka Aku
Lupa suatu hari badan akan jadi kaku
Bila roh dicabut oleh Izrail
Barulah menggigil
Teringat dosa-dosa dikumpul
Syurga mustahil
Dari bajet kutip hasil
Dimasukkan ke dalam
Kumpulan Wang yang disatukan
Untuk pengurusan
Untuk pembangunan
Inilah hasrat Belanjawan Tahunan
Mahu urus Khazanah Negara
Dengan cermat dan telus
Perlu pimpinan bertaqwa
Perlu penjawat-penjawat awam yang profesional
Halal haram dia kenal
Dosa pahala diambil kira
Baru perintah Allah buat segera
Baru akan berpeluang ke syurga
Berubahlah segera
Tinggalkan yang lama
Tinggalkan yang korup
Tinggalkan yang zalim
Berlaku bila rakyat sudah jadi alim
HMS Abu Bakar
paksalleh.blogspot.com
Zulkaedah1431H/Okt2010
Labels:
BAJET RAKYAT
Isnin, 18 Oktober 2010
BERSATU DALAM KEBAJIKAN
Gambar Hiasan |
Orang berpolitik
Perlu orang cerdik
Bila-bila masa rakyat mengherdik
Bila wujud budaya bodek
Istilah orang sekarang
Politik kroni
Lupa semangat reformasi
Membebaskan rakyat daripada dianaktirikan
Ilmu perlu dicari
Rezeki halal perlu dicari
Biarkan rakyat berdikari
Biarkan rakyat memilih pemimpin
Pemimpin yang berilmu
Pemimpin yang berakhlak mulia
Pemimpin yang cakap dan bikin
Baru ahli yakin
Baru reformasi jadi pemangkin
Baru parti jadi demokratik
Baru setiakawan jadi kenyataan
Baru musuh politik boleh ditewaskan
Baru berlaku perubahan
Baru rakyat dapat kebajikan
Kebajikan dalam kepelbagaian
HMS Abu Bakar
paksalleh.blogspot.com
Zulkaedah1431/Okt2010
Labels:
BERSATU DALAM KEBAJIKAN
Ahad, 17 Oktober 2010
MAJLIS ILMU
Peringkat awal agama
Mengenal Allah
Bila Allah kita kenal
Baru buat benda-benda halal
Kebenaran Quran tak perlu disoal
Semuanya boleh diterima akal
Lepas itu terus bertawakal
Lepas itu tolak pemimpin yang nakal
Dengan memilih pemimpin bertaqwa
Bermula dengan iman
Beriman di Hari Kemudian
Hari yang pasti berlaku
Bila badan jadi kaku
Hitam legamlah kuku
Dalam kubur Munkar dan Nankir menunggu
Perlu jawapan berteraskan ilmu
Ilmu bersumberkan Al-Quran
Di dalamnya banyak pengajaran
Beruntung yang beriman
Beruntung yang beramal soleh
Beruntung yang berjihad di jalan Allah
Parti Asobiyah pasti kalah
Percayalah
Dengan pertolongan Allah
HMS ABU Bakar
paksalleh.blogspot.com
Zulkaedah1431/Okt2010
Labels:
MAJLIS ILMU
PENGARUH ULAMA SILAM
Ulama itu adalah Pewaris Nabi |
I
Budaya manusia
Ingin tahu
Tentu dengan ilmu
Tuntutlah tanpa jemu-jemu
Ikut contoh orang dulu-dulu
Imam Shafie
II
Imam Shafie rajin menulis
Mengarang kitab duduk di kerusi
Mudah kecundang komplot Iblis
Bila Ilmu Tauhid dikuasai
III
Imam Al Ghazali mengarang kitab
Duduk di kerusi dalam rumah
Peribadi mukmin sentiasa mantap
Berteraskan Quran dan Sunnah
IV
Imam Shafie
Imam Al Ghazali
Tulisan mereka dihargai
Peribadi mereka dicontohi
Pasti maksiat dijauhi
Budaya sekular dijauhi
Media massa sekular dijauhi
Dengan ilmu disuluhi
Dengan amal kuatlah peribadi
Melawan propaganda Yahudi
Dengan mentarbiyah muda-mudi
Dengan akhlak Nabi
Buat suruhan
Tinggal larangan
Pasti media massa kurang pelanggan
Bila pembaca dapat iman
Bila pembaca cinta Hari Kemudian
V
Ulat bulu panjat durian
Jatuh seekor dalam kolam
Mari buat kerja-kerja kebajikan
Memang disuruh oleh Islam
HMS Abu Bakar
paksalleh.blogspot.com
Zulkaedah1431/Okt2010
Labels:
PENGARUH ULAMA SILAM
Sabtu, 16 Oktober 2010
PANTUN BILA SENIMAN BERIMAN
Yusuf Islam |
Tanam ubi di atas batas
Guna tajak meratakan tanah
Elakkan politik cantas-mencantas
Diterajui pemimpin yang amanah
Ubi keledek ubi kayu
Tumbuh subur tanpa baja
Islam saja penyelamat Melayu
Setiap masa Allah dipuja
Diratakan batas dengan tajak
Lepas itu tanamlah keledek
Boleh berdakwah dengan sajak
Dihargai oleh golongan cerdik
Bawa tajak pergi ke sawah
Perlu diasah di waktu malam
Penyajak juga boleh berdakwah
Mengajak manusia menerima Islam
Waktu malam terbit bulan
Membawa suasana yang nyaman
Orang cerdik membanyakkan amalan
Serta berdakwah kepada seniman
Tanam bunga dalam taman
Tumbuh bunga berbagai jenis
Bila beriman para seniman
Suara artis bertambah manis
Dalam taman tumbuh bunga
Harum bau sampai petang
Artis beriman sangat berharga
Budaya Hedonis berani ditentang
Cencaru keluar waktu petang
Berenang-renang di laut dalam
Di mana-mana penzalim kita tentang
Inilah cara mendaulatkan Islam
HMS Abu Bakar
paksalleh.blogspot.com
Zulkaedah1431H/Okt2010
Labels:
PANTUN BILA SEMIMAN BERIMAN
Jumaat, 15 Oktober 2010
CAKAP-CAKAP SAJA
Adam Lambert - 'gay' role model. Inilah Kebudayaan Barat yang dibawa masuk ke negara kita |
I
Ada orang bercakap
Isinya tak boleh diharap
Menipu pula cekap
Iblis terus memasang perangkap
II
Ada orang pandai berpidato
Rutin hidupnya tak teratur
Setiap taktiknya kotor
Nasib rakyat hancur
Seperti nasi jadi bubur
Sentiasa takabur
Marah bila ditegur
III
Ada orang pandai berhujah
Disiarkan
Di media massa
Kononnya menabur jasa
Kepada bangsa
Dianaktirikan bahasa sendiri
Dijahanamkan budaya sendiri
Lihat saja setiap hari
Banyak program tari-menari
Ditolak pandangan ulama ke tepi
Dibawa konsert ke mari
Dari Hollywood mari
Dari Bollywood mari
Bergaul bebas muda mudi
Zina menjadi-jadi
Lahir anak luar nikah di sana sini
Daripada bangsa Ketuanan Melayu
Kesan menolak ajaran wahyu
IV
Tanam langsat tanam ciku
Tanam pula di tepi kolam
Kesian melihat nasib bangsaku
Tinggal nama saja Islam
HMS Abu Bakar
paksalleh.blogspot.com
Zulkaedah1431H/Okt2010
Labels:
CAKAP-CAKAP SAJA
PERANAN AHLI POLITIK
I
Tugas ahli politik
Tugas yang murni
Mahu wujudkan masyarakat madani
Berkata benar tetap berani
Di depan 'tirani'
II
Tugas ahli politik
Membela nasib rakyat
Menyediakan peluang pekerjaan
Ekonomi diperkasakan
Berkorban apa saja
Pemikiran dan tenaga
Dibawa ke usrah seisi keluarga
Dibawa dengar ceramah
Didedahkan kebaikan Sunnah
Sentiasa beramanah
Berjiwa mut'mainah
Membenteras rasuah
III
Tugas ahli politik
Menguruskan negara
Di peringkat Persekutuan
Dengan menghormati Perlembagaan
Bersatu dalam kepelbagaian
Bebas daripada hasutan perkauman
Inilah politik
Dipimpin golongan yang cerdik
Dengan ilmu rakyat dididik
Dengan akhlak terbaik
Pasti negara beroleh rahmat
Rakyat pasti selamat
HMS Abu Bakar
paksalleh.blogspot.com
Zulkaedah1431/Okt2010
Labels:
PERANAN AHLI POLITIK
Khamis, 14 Oktober 2010
PILIH PEMIMPIN YANG BISTARI
Hari berganti hari
Rezeki perlu dicari
Menyara anak dan isteri
Setiap hari
Sentiasa muhasabah diri
Keredhaan Allah dicari
Bila kenal diri sendiri
Pilih pemimpin yang bistari
Ilmu Tauhid dipelajari
Ilmu Feqah dipelajari
Ilmu Tasauf dipelajari
Baru lengkaplah diri
Boleh memimpin negeri
Boleh dipercayai
Ini yang rakyat cari
Bila ini berlaku
Pimpinan rasuah tak laku
HMS Abu Bakar
paksalleh.blogspot.com
Zulkaedah1431/Okt2010
Labels:
PILIH PEMIMPIN YANG BISTARI
RUMAH SEBENAR
I
Manusia
Ada 3 keperluan asasi
Makanan
Pakaian
Rumah
II
Makanan untuk kesihatan badan
Dalam badan ada roh
Dengan zikrullah hiduplah roh
Buat yang Allah suruh
Buat yang Nabi suruh
Tanda jiwa teguh
Berjemaah solat Subuh
III
Pakaian untuk menutup aurat
Terdedah pula aktres Barat
Terdedah saja artis Barat
Sebenarnya ada muslihat
Dari apa yang dilihat
Orang ramai terus buat
Melakukan maksiat
Di laut dan di darat
Inilah tujuan Kebudayaan Barat
Mengembangkan budaya Hedonis
'wanita, arak dan hiburan'
Juga melalui sukan
Diberi hadiah cukup lumayan
Tingginya bayaran
Hidup penuh kemewahan
IV
Rumah
Tempat beristirehat
Tempat beribadat
Disuruh syariat
V
Rumah
Tanpa Quran jadi rumah hantu
Tanpa Qiamullail jadi tempat sunyi sepi
Seperti berada dalam kubur
Semuanya lebur
Sedangkan kubur adalah
Rumah kita sebenar-benarnya
Yang berjaya
Gembira
Yang celaka
Kecewa
Selama-lamanya
VI
Oleh itu milikilah
Rumah sejati
Semasa hidup di dunia
Kuncinya
Iman dan istiqamah
HMS Abu Bakar
paksalleh.blogspot.com
Zulkaedah1431/Okt2010
Labels:
RUMAH SEBENAR
Rabu, 13 Oktober 2010
PAK TEH DALAM KENANGAN
![]() |
Allahyarham Tuan Guru Dato' Abdul Latif |
I
Pada hari lahir ke tujuh puluh dua
Pada 30 September 2010
Pada 21 Syawal 1431 Hijrah
Pergilah Pak Teh menemui Allah
Meninggalkan ribuan peminat setia pengajiannya
Di Pondok Pak Teh Kampung Kuak Luar
Di Pengkalan Hulu
Di Gerik
Di Perak
II
Murid-murid Pak Teh berselerak
Di Negeri Perak
Pak Teh atau nama sebenarnya
Abdul Latif bin Abdul Rahman
Menjadi Ahli Majlis Fatwa Kerajaan Negeri Perak
III
Pada tahun 1967
Mendirikan sebuah sekolah agama
Madrasah Addiniah Al-Latiffah
Dikenali juga Pondok Pak Teh
Mengajar agama tak pernah letih
IV
Berkat kegigihan Pak Teh berdakwah
Ramai orang Melayu sedar tentang kebenaran Islam
Sedar tentang pentingnya berjemaah
Sedar Maha Kuasa Allah
Sedar hidup manusia hanya sementara
Pangkat dan gelaran akan ditinggalkan
Yang penting
Sedekah jariah
Anak soleh yang mendoakan
Ilmu pengetahuan yang bermanfaat
Inilah yang ada pada Pak Teh
Semoga ditempatkan dalam syurga
HMS Abu Bakar
paksalleh.blogspot.com
Zulkaedah1431/Okt2010
Labels:
PAK TEH DALAM KENANGAN
BERUBAH RASA
I
Lima puluh tiga tahun itu lama
Berani memperalatkan agama
Berani pula memperalatkan bahasa
Lepas itu terus menyalahguna kuasa
II
Tanam ubi tanam keladi
Tanam pula di bulan puasa
Harapkan pagar-pagar makan padi
Contoh terbaik isu bahasa
III
Bila lama berkuasa
Rasa-rasa negara ini bapak dia yang punya
Dihapuskan kekebalan raja-raja
Dihebahkannya keseluruh negara
Cita-citanya mulia
Dipropagandakan melalui media massa
Pemikirannya hebat belaka
Disokong oleh profesor kangkong
Dari Institut Pengajian Tinggi
Tolak Islam di akhirat rugi
Bila diketahui
Bila umur 85 tahun
Bila-bila masa datang Izrail
Pasti menggigil
Pasti RM tak laku
Pasti Wawasan 2020 tak berguna
IV
Barulah sedar
Islam itu benar
Berjemaah itu berfaedah
Rugi rambut isteri terdedah
Eyonne Ridley bertudung kepada
Bila memeluk agama Islam
V
Kalkatu keluar waktu malam
Memburu cahaya dari lampu
Harta Qarun terus tenggelam
Rugi pula kaki ampu
VI
Bunga tanjung putih berseri
Harum bau waktu pagi
Keredhaan Allah kita cari
Baru di akhirat tidak rugi
HMS Abu Bakar
paksalleh.blogspot.com
Zulkaedah1431/Okt2010
Labels:
BERUBAH RASA
Selasa, 12 Oktober 2010
TINGGALKAN YANG LAMA
Hilang kuasa
Biasa
Bagi yang menyalahguna kuasa
Dari kalangan anak bangsa
Di negara tercinta
Dengan kuasa kumpul harta
Dengan inflasi rakyat hidup menderita
Harga barang-barang naik sahaja
Menguntungkan peniaga-peniaga
Bercerai-berai banyak keluarga
Dari kalangan artis negara
Dari kalangan aktres negara
Budaya Barat contoh utama
Kurang pula didikan agama
Nasihat syaitan mudah diterima
Dosa belakang kira
Kemewahan hidup sahaja kira
Berlakulah apa Darwin kata
"Asal manusia daripada kera"
Makan tidur dan bersengketa
Sangka Kebudayaan Barat tempat berteduh
Suasana hidup bertambah keruh
Bersumber daripada kotornya roh
Gejala sosial ini boleh sembuh
Dengan kepimpinan yang jiwanya teguh
Tinggal larangan buat yang disuruh
Berjemaah sewaktu solat Subuh
Dengar tazkirah jiwa jadi teguh
Negara Berkebajikan tujuan utama
Tinggalkan yang lama
Bangunkan Islam bersama
HMS Abu Bakar
paksalleh.blogspot.com
Zulkaedah1431/Okt2010
Labels:
TINGGALKAN YANG LAMA
PEMBANGUNAN ROHANI
I
Manusia
Ada roh ada jasad
II
Manusia
Ada beriman ada kufur
III
Manusia
Ada mukmin ada kafir
IV
Manusia
Ada bahagia ada celaka
Yang bahagia di syurga
Yang celaka di neraka
V
Manusia
Ada akal ada nafsu
Gunakan akal mengenal Tuhan
Jinakkan nafsu dengan iman
Bila kenal Tuhan
Sedarlah kehendak Quran
Penuh pengajaran
Menunjukkan jalan
Kebaikan di Hari Kemudian
Bila nafsu dijinakkan
Baru bergerak membesarkan Tuhan
Berbaik-baik sesama insan
Bersatu dalam kepelbagaian
Bantu membantu dalam kerja-kerja kebajikan
Lahirlah Negara Berkebajikan
Negara aman makmur dan
Mendapat keampunan Tuhan
Ini yang diusahakan oleh
Pakatan Rakyat
HMS Abu Bakar
paksalleh.blogspot.com
Okt2010
Labels:
PEMBANGUNAN ROHANI
Isnin, 11 Oktober 2010
PANTUN KUATKAN SETIAKAWAN
Akar keladi melilit selasih
Selasih tumbuh di hujung taman
Dengan berzikir hati pun bersih
Menjadi kekuatan orang yang beriman
Ayam hutan terbang di hutan
Tiba tersangkut di jerat besi
Rakyat nampak kebaikan Pakatan
Di empat negeri minima korupsi
Bunga melati bunga di darat
Di tepi perigi bunga seroja
Jika mahu selamat di akhirat
Setiap masa Allah dipuja
Burung serindik terbangnya rendah
Nampak padi turun ke sawah
Menyokong Pakatan banyak faedah
Bersih negara daripada rasuah
Dari mana punai melayang
Dari pokok turun ke paya
Kebaikan Pakatan jelas terbayang
Bersih demokrasi daripada tipu daya
Gunung Daik bercabang tiga
Bukit Tunggal di Kampung Gajah
Semua manusia ingin ke syurga
Tugas utama hapuskan sistem penjajah
Hari panas jemur padi
Padi pula baru dituai
Pakatan Rakyat ingin berbudi
Perlu sokongan orang ramai
Limau purut di luar pagar
Rimbun putik dengan bunganya
Bila semangat setiakawan sudah mekar
Pakatan Rakyat mudah ke Putrajaya
HMS Abu Bakar
paksalleh.blogspot.com
Okt2010
Labels:
PANTUN KUATKAN SETIAKAWAN
BAIK UNTUK PARTI
I
Bila berjuang dalam parti
Betulkan niat dalam hati
Ingin hanya berbakti
Elakkan irihati
Sabotaj kawan jauh sekali
Menjahanamkan kawan jauh sekali
II
Ikan limbat ikan keli
Boleh dapat dalam sawah
Berbaik-baik sesama ahli
Ini budaya pimpinan bermaruah
III
Ikan keli ikan puyu
Boleh ditangkap menggunakan belat
Bila ikut ajaran wahyu
Baru pemimpin tidak mengelat
IV
Waktu pagi elok berjalan
Sambil berjalan ingatkan Allah
Semasa hidup banyakkan amalan
Baru parti kurang masalah
V
Ikan pelata ikan cencaru
Mencari makanan waktu petang
Parti Keadilan parti baru
Pilihlah pemimpin yang matang
VI
Dalam zoo banyak binatang
Ada ular ada rusa
Musuh dalaman kita tentang
Semoga parti terus perkasa
HMS Abu Bakar
paksalleh.blogspot.com
Okt2010
Labels:
BAIK UNTUK PARTI
Ahad, 10 Oktober 2010
PEMILIHAN
I
Bila memilih pemimpin
Pilih yang berbakat
Pilih yang berkebolehan
Pilih yang berakhlak mulia
II
Berbakat
Bersolat
Berbekalkan niat
Beramal ibadat
Berkebajikan kepada rakyat
Berbaik sesama ahli parti
Bersih hati
Jauh daripada irihati
III
Berkebolehan
Membawa perubahan
Kepada ahli
Kepada parti
Kepada Pakatan Rakyat
Jauh daripada khianat
Jauh daripada hasad dengki
Jauh daripada mainan kayutiga
Ahli parti dianggap keluarga
Mudah jalan ke syurga
IV
Berakhlak mulia
Taat dengan perintah Allah
Bersedia mendengar nasihat
Daripada orang bawah
Bebas daripada unsur rasuah
Beramanah
Berjiwa mut'mainah
V
Bila ada ciri-ciri ini
Mudah dibina masyarakat madani
Inilah hasrat "reformasi"
Berkonsepkan 3B
Berubah
Berpadu
Berkat
VI
Berubah untuk kebaikan
Berpadu untuk kesejahteraan
Berkat untuk kebajikan rakyat sekalian
Inilah asas pemilihan
Baru bererti Keadilan
HMS Abu Bakar
paksalleh.blogspot.com
Okt2010
Sabtu, 9 Oktober 2010
PANTUN MENUJU PUTRAJAYA
Bunga Tanjung kembang semalam
Pohon tinggi tidak berduri
Bila Ilmu Tauhid penuh di dalam
Keredhaan Allah mudah dicari
Burung merpati terbang rendah
Hinggap seekor di tengah laman
Bila isteri rambut terdedah
Alamat suami ketandusan iman
Hari-hari pergi ke kebun
Dalam kebun ada kolam
Jangan risau dosa bertimbun
Solat taubat setiap malam
Hendak dulang diberi dulang
Dulang berisi sagu mentah
Bila solat malam diulang-ulang
Tindakan penzalim berani dibantah
Kembang cendawan di tengah padang
Tempat pemuda memacu kuda
Ikrar penzalim usah dipandang
Slogannya hanya alat propaganda
Orang mengail di lubuk batu
Dapat seekor ikan gelama
Menumbangkan penzalim kena bersatu
Dengan jemaah berteraskan agama
Sekuntum bunga di dalam padi
Ambil sebatang cabut uratnya
Betul aqidah semuanya menjadi
Mudah Pakatan menguasai Putrajaya
HMS Abu Bakar
paksalleh.blogspot.com
Okt2010
Labels:
PANTUN MENUJU PUTRAJAYA
Jumaat, 8 Oktober 2010
JUJUR
Nabi Muhammad SAW sentiasa jujur
Abu Bakar jadi sahabat yang jujur
Umar Al-Khattab juga jujur
Usman Affan pun jujur
Ali bin Abu Talib juga jujur
Ingin ke syurga mesti jujur
Semasa hidup jangan terlanjur
Berbakti selagi ada umur
Hak dan Batil tak boleh bercampur
"One, two, three, four
Parti perkauman pasti tumpor"
HMS Abu Bakar
paksalleh.blogspot.com
Okt2010
Khamis, 7 Oktober 2010
PANTUN TAK NAIK ANGIN
Ada kolam ada masjid
Tempat orang sembahyang raya
Cari guru yang mursyid
Ada asas untuk berjaya
Ambil tali panjang tujuh
Minyak bercampur air mawar
Bersabar menghadapi musim tengkujuh
Dengan berwirid hati pun segar
Anak ikan dimakan ikan
Ikan berenang di dalam perigi
Fitnah perkauman jangan biarkan
Masyarakat majmuk menanggung rugi
Anak Melayu menikam pari
Pari ditikam tombak senangin
Elok sentiasa muhasabah diri
Bila kalah tak naik angin
Berjalan-jalan di Bukit Tinggi
Singgah memetik bunga kemboja
Di akhirat penzalim pasti rugi
Bila Kebudayaan Barat sentiasa dipuja
HMS Abu Bakar
paksalleh.blogspot.com
Okt2010
Labels:
PANTUN TAK NAIK ANGIN
Rabu, 6 Oktober 2010
APAKAN DAYA
I
Bila berkuasa
Lupa Allah Maha Kuasa
Sekat lawan politik dengan ISA
Rakyat berdoa saja
Panjangkan umur dia
II
Bila sudah tua
Umur melebihi lapan puluh tahun
Baru nak minta ampun
Baru nak laksanakan akujanji
Payah sekali
Berada di atas katil
Di hospital swasta
Di Melbourne
Di Australia
Menanti saja
Pencabut nyawa
Izrail namanya
Baru sedar pentingnya agama
Baru nampak bulan purnama
HMS Abu Bakar
paksalleh.blogspot.com
Okt2010
Labels:
APAKAN DAYA
TAK BERUPAYA LAGI
Gambar Hiasan |
I
Bila dimasukkan ke hospital
Bila umur pun lebih 80 tahun
Mintalah ampun
Daripada kesalahan semasa berkuasa
Pasti ada salahguna ISA
Pasti ada keluarga terseksa
Anak kecil bertanya
"Mana bapa"
"Mana ayah"
"Mana abah"
II
Bila dimasukkan ke hospital
Bila umur lebih 80 tahun
Mintalah ampun
Daripada kesalahan bertimbun-timbun
Berkuasa lebih 22 tahun
Sekat bantuan SAR
Kuatkuasakan PPSMI
Kerosakan kepada orang Melayu
Masa itu belum wujud Perkasa
Berlebih-lebihan kuasa
Boleh guna ISA
Menderita keluarga mangsa
Sekarang hanya Allah Yang Maha Berkuasa
Mahu laksanakan akujanji sudah tak berkuasa
Bertempat di atas katil
Di bandar besar di Australia
HMS Abu Bakar
paksalleh.blogspot.com
Okt2010
Labels:
TAK BERUPAYA LAGI
Selasa, 5 Oktober 2010
SALAHKAN ORANG LAIN
![]() |
Tajuk yang sebenarnya UMNO HILANG KUASA |
Bila hilang kuasa
Salahkan pula lain-lain bangsa
Salahkan pula kebangkitan rakyat
Salahkan pula parti-parti
Yang membawa agenda pembaharuan
Salahkan pula parti-parti
Yang membawa reformasi
Salahkan pula parti-parti
Yang menentang korupsi
Salahkan jemaah
Yang ingin menegakkan keadilan
Salahkan jemaah
Yang hendak ikut Al-Quran dan Sunnah
Salahkan golongan-golongan
Yang menganjurkan perpaduan kaum
Salahkan kumpulan
Yang mahu penjawat-penjawat awam beramanah
HMS Abu Bakar
paksalleh.blogspot.com
Okt2010
Labels:
SALAHKAN ORANG LAIN
Langgan:
Catatan (Atom)