Isnin, 12 Oktober 2015

PANTUN MENYIMPAN HASRAT

Waktu pagi ayam berkokok
Menandakan hari nak siang
Elok berhenti menghisap rokok
Nescaya malaikat akan sayang

Menandakan hari nak siang
Matahari terbit dari timur
Nescaya malaikat akan sayang
Baru bermakna panjang umur

Matahari terbit dari timur
Embun dirumput jadi kering
Baru bermakna panjang umur
Bebas dari batuk kering

Embun dirumput jadi kering
Keluar ayam dari reban
Bebas dari batuk kering
Kerana Islam sanggup terkorban

Keluar ayam dari reban
Mencari makanan diluar pagar
Kerana Islam sanggup terkorban
Tanda pengikut yang tegar

Mencari makanan diluar pagar
Cara hidup ayam kampung
Tanda pengikut yang tegar
Mudah pengaruh Yahudi dikepung

Cara hidup ayam kampung
Bila membesar terus disembelih
Mudah pengaruh Yahudi dikepung
Dengar ramainya orang solih

Bila membesar terus disembelih
Dagingnya boleh masak kari
Dengar ramainya orang solih
Mudah keredhaan Allah dicari

Dagingnya boleh masak kari
Makan tengahari bersama keluarga
Mudah keredhaan Allah dicari
Menanti bidadari dipintu syurga

Makan tengahari bersama keluarga
Selepas itu solat zohor
Menanti bidadari dipintu syurga
Saidina Hamzah pejuang tersohor

Selepas itu solat zohor
Berdoa untuk kebaikan semua
Saidina Hamzah pejuang tersohor
Mati syahid bukannya kecewa

Berdoa untuk kebaikan semua
Kebaikan dunia dan akhirat
Mati syahid bukannya kecewa
Ramai yang menyimpan hasrat


HMS ABU BAKAR



Tiada ulasan:

Catat Ulasan