Ahad, 25 Oktober 2015

PANTUN CARA PEMIKIRAN

Kalau tidak kerana bulan
Tidak bintang terbit pagi
Nabi Muhammad penunjuk jalan
Penentang kebenaran di akhirat rugi

Tidak bintang terbit pagi
Matahari bersinar ke seluruh alam
Penentang kebenaran di akhirat rugi
Beruntung yang ikut Islam

Matahari bersinar ke seluruh alam
Manusia mula mencari rezeki
Beruntung yang ikut Islam
Bebas dari perasan dengki

Manusia mula mencari rezeki
Mencari ikan para nelayan
Bebas dari perasan dengki
Dari tassauf perasaan dilayan

Mencari ikan para nelayan
Menaiki bot pergi ke laut
Dari tassauf perasaan dilayan
Kepada Allah hati terpaut

Menaiki bot pergi ke laut
Sampai ke tengah pukat dihanyutkan
Kepada Allah hati terpaut
Bersyukur bila dapat ikan

Sampai ke tengah pukat dihanyutkan
Air surut ikan dikutip
Bersyukur bila dapat ikan
Hal jiran tidak diintip

Air surut ikan dikutip
Tiba dipantai dibeli peraih
Hal jiran tidak diintip
Ekonomi merosot mulai pulih

Tiba dipantai dibeli peraih
Banyak keuntungan orang tengah
Ekonomi merosot mulai pulih
Politik perkauman wajib ditegah

Banyak keuntungan orang tengah
Tentunya dari tokeh Cina
Politik perkauman wajib ditegah
Mudah masyarakat madani dibina

Tentunya dari tokeh Cina
Memberi pinjaman di zaman meleset
Mudah masyarakat madani dibina
Bila berubah “mind set”

Memberi pinjaman diz aman meleset
Inilah peranan orang tengah
Bila berubah “mind set”
Mendapat kejayaan tidak bermegah-megah


HMS ABU BAKAR



Tiada ulasan:

Catat Ulasan