Sabtu, 29 November 2014

SELAMAT PENGANTIN BARU (MARZUQI & SHAZANA)


Selamat Pengantin Baru
Mohd Amirul Marzuqi Bin Haji Othman
Atirah Shazana yang rupawan
Semoga jodoh berkekalan
Asasnya ilmu dan iman
Beramal setiap keadaan
Malam pertama dikecualikan
Mandi wajib dikenakan
Bilangannya tidak ditentukan
Solat subuh hanya 10 minit
Lepas doa boleh teruskan
Ini ketahui Haji Othman
Seorang usahawan yang jiwanya ke masjid
Semoga lahir cucu menjadi mujahid
Boleh dibawa ke masjid lama Tambun
Kepada Allah kita memohon
Masjid Ihtidaiah terus dengan kuliah agamanya
Selagi Haji Othman ada
Sekarang Amirul dan Atirah ada
Tentu bertambah ceria
Dihari kenduri
Hari Sabtu
29 November 2014
Datang sahabat-sahabat
Mendoakan supaya Amirul dan Atirah sihat walafiat
Ingat Allah yang beri segala nikmat

Tugas kita kekal beribadat.


HMS ABU BAKAR



Khamis, 27 November 2014

BILA IMAN LAYU

hiasan

I
Melayu jadi Red Indian
Kebimbingan bekas Ketua Hakim Negara
Seorang penyokong ketuanan Melayu
Dia lupa ajaran wahyu

II
Ikan keli ikan puyu
Dua jenis ikan darat
Bila nazak pandai merayu
Lupa dosa kepimpinan keparat

III
Melayu jadi Red Indian
Ini disebabkan puak kebangsaan
Yang diatas punya kesalahan
Lupa peranan iman
Fikir hanya keseronokan
Fikir hanya kemajuan kebendaan
Lupa hari pembalasan

IV
Buah rambutan buah pulasan
Dua jenis buah tempatan
Bila tersepit cipta alasan-alasan
Elok cuba tawaran Pakatan

V
Melayu jadi Red Indian
Kata bekas Hakim Negara
Ini jangan kita hairan
Dosa pahala kena ambil kira
Bertaubatlah segera
In sya allah  nasib Melayu terpelihara
Dengan ilmu dan iman
Dengan amal soleh
Putrajaya boleh beralih


HMS ABU BAKAR


Rabu, 26 November 2014

PANTUN TETAP BERAMANAH



Timang tinggi-tinggi; dapur tak berasap
Bila besar nanti; duduk dalam lokap
Dilaporkan wang negara banyak yang lesap
Disebabkan lain buat lain dicakap

Bila besar nanti; duduk dalam lokap
Kata-kata mantan seorang polis
Disebabkan lain buat lain dicakap
Dapat nasihat pula dari iblis

Kata-kata mantan seorang polis
Minat pula pantun dan sajak
Dapat nasihat pula dari iblis
Tanah kampung mudah dipajak

Minat pula pantun dan sajak
Sekarang dikenali sebagai puisi
Tanah kampung mudah dipajak
Kos hidup naik kerana inflasi

Sekarang dikenali sebagai puisi
Syair masyhur zaman dulu
Kos hidup naik kerana inflasi
Disebabkan pimpinan muka tak malu

Syair masyhur zaman dulu
Terkenal syair Siti Zubaidah
Disebabkan pimpinan muka tak malu
Rambut isteri tetap terdedah

Terkenal syair Siti Zubaidah
Seorang tokoh wanita Melayu
Rambut isteri tetap terdedah
Bila bercakap pandai merayu-rayu

Seorang tokoh wanita Melayu
Pandai pula mempertahankan diri
Bila bercakap pandai merayu-rayu
Dengan iman mudah berdikari

Pandai pula mempertahankan diri
Berpandukan ilmu dan taqwa
Dengan iman mudah berdikari
Ke akhirat pula pahala dibawa

Berpandukan ilmu dan taqwa
Beramal soleh setiap masa
Ke akhirat pula pahala dibawa
Semasa di dunia banyak berjasa

Beramal soleh setiap masa
Dilakukan pula dalam jemaah
Semasa di dunia banyak berjasa
Bila memimpin tetap amanah

Dilakukan pula dalam jemaah
Terasnya solat lima waktu
Bila memimpin tetap amanah
Lahirlah masyarakat yang bermutu


HMS ABU BAKAR



Selasa, 25 November 2014

SELAMAT HARIJADI YANG DINANTI

I
Harijadi
Ingatkan budi

II
Tanam ubi tanam keladi
Tanam pula di tepi paya
Terkenang jasa semasa harijadi
Semoga hidup dipenuhi cahaya


III
Berusaha sedaya-upaya
Dengan ilmu penuh didada
Dengan imanlah terasnya
Pahala diperolehi sebanyak-banyaknya
Bertemu rakan-rakan sentiasa ceria
Mengikuti Kuliah Dhuha sejak awal
Tekun pula beramal
Tarikh 25 November diingati
Tarikh lahir Salhati
Sarapan pagi dengan capati
Lebih sedap dari mamak Malbari


IV
Bersarang rendah burung tempua
Ditiup angin terus bergoyang
Umur enam puluhan bukanlah tua
Hati suami tetap sayang


V
Jimat bila menguruskan wang
Panjang doa dalam sembahyang
Kebahagiaan akhirat jelas terbayang
Teruskan berjuang
Melalui ilmu dan iman
Bertoleransi dengan teman
Baru keluarga tetap aman
Dengan izin Tuhan
Hidup adalah perjuangan
Buat suruhan tinggallah larangan
Inilah syarat kejayaan


HMS ABU BAKAR
25 November 2014


Isnin, 24 November 2014

PANTUN TEGAKKAN KEBENARAN

Siakap senohong; gelama ikan duri
Bercakap bohong; boleh jadi menteri
Dengan ilmu kenal lah diri
Keredhaan Allah pula dicari

Bercakap bohong; boleh jadi menteri
Berlaku dalam parti asobiyah
Keredhaan Allah pula dicari
Walaupun hidup susah payah

Berlaku dalam parti asobiyah
Lama juga memerintah negara
Walaupun hidup susah payah
Dosa pahala diambil kira

Lama juga memerintah negara
Dapat merdeka dari Inggeris
Dosa pahala diambil kira
Baru hati iblis terguris

Dapat merdeka dari Inggeris
Bahasa penjajah terus dikekalkan
Baru hati iblis terguris
Bila parti asobiyah dikalahkan

Bahasa penjajah terus dikekalkan
Dalam pendidikan dan pentadbiran
Bila parti asobiyah dikalahkan
Dengan berkat ajaran Quran

Dalam pendidikan dan pentadbiran
Bahasa Inggeris terus digunakan
Dengan berkat ajaran Quran
Masalah sosial dapat dikurangkan

Bahasa Inggeris terus digunakan
Kolej Melayu di Kuala Kangsar
Masalah sosial dapat dikurangkan
Wujud rasuah di kalangan pembesar

Kolej Melayu di Kuala Kangsar
Bandar Diraja negeri Perak
Wujud rasuah di kalangan pembesar
Diketahui oleh Senoi Perak

Bandar Diraja negeri Perak
Ada istana di Bukit Chandan
Diketahui oleh Senoi Perak
Pimpinan tak ikut teladan

Ada istana di Bukit Chandan
Terkenal juga Sekolah Agama
Pimpinan tak ikut teladan
Menumbangkan mereka tugas bersama

Terkenal juga Sekolah Agama
Sekolah Idrisiah Bukit Chandan
Menumbangkan mereka tugas bersama
Dari Sunnah ambil teladan


HMS ABU BAKAR



Ahad, 23 November 2014

SELAMAT HARIJADI KE 68

Hari Khamis
6 November 2014
Genap umur
Nik Ahmad 68 tahun
Pak Nik lahir di Alor Setar
Dia dan isteri
Di antara pasangan yang
awal menghadirkan diri
di Kuliah Dhuha
Bimbingan Ustaz Wan
Pak Nik seorang pendiam tapi ada ramai kawan
Pak Nik yakin dengan rawatan ceragem
Pak Nik dapat bertahan
Sakitnya dapat dikawal
Pak Nik dan isteri di antara
pembeli katil Ceragem
Dengan sebuah katil
Pak Nik dah ada 2 katil
Hasil daripada jiran-jirannya
dapat membuat rawatan
di rumah Pak Nik
dengan bayaran RM5
Ini membuktikan usaha
Bila dilakukan bersungguh-sungguh mendatangkan hasil
Tahniah Pak Nik
Yakin dengan ceragem
Yakin dengan Kuliah Dhuha
Teruskan usaha
Hingga ke syurga


HMS ABU BAKAR


Sabtu, 22 November 2014

SELAMAT HARIJADI KE 65

Hari Selasa
4 November 2014
Genap umur Haji Ghazali Omar 65 tahun
Kepada Allah kita memohon
Dikurniakan kesihatan badan
Kekuatan roh
Buat yang Allah suruh
Buang segala yang keruh
Ikut juga sunnah Nabi
Beramal sedaya upaya
Dalam kubur dapat cahaya
Berkat beramal dengan ilmu
Wanita muda makan jamu
Makan pula setiap hari
Tuntut ilmu jangan jemu-jemu
Memberi cahaya kepada diri sendiri
Terus berdikari
Selamat harijadi
Ucapan dari warga Kuliah Dhuha
Masjid Dato Panglima Kinta
Semoga ceria dan sukacita


HMS ABU BAKAR


Jumaat, 21 November 2014

RENUNGAN JUMAAT


I

Hari Jumaat
Hari berkat
Jasa Nabi kena ingat
Wadahnya syariat
Bermula dengan niat
Jadilah ibadat
Setiap masa taat
Juga berselawat
Di akhirat
Dapat syafaat
Bererti selamat
Hingga kiamat

II

Manis rasa buah langsat
Manis lagi buah durian
Di akhirat Firaun berkeadaan bangsat
Semasa di dunia menolak kebenaran

III

Dua tiga empat lima
Berkira-kira anak-anak PASTI
Dari kecil diajar agama
Diusahakan sehingga sampai mati


HMS ABU BAKAR


Khamis, 20 November 2014

PANTUN JIWA MUT’MAINAH


Makan emping bergurau senda
Makan bersantan gula kelapa
Buat baik elok berpada-pada
Beribadat jangan pula lupa

Makan bersantan gula kelapa
Makan bersama seisi keluarga
Beribadat jangan pula lupa
Di akhirat berpeluang masuk syurga

Makan bersama seisi keluarga
Dilakukan setiap minggu sekali
Di akhirat berpeluang masuk syurga
Maksiat dulu tetap disesali

Dilakukan setiap minggu sekali
Tetap hadir di majlis ilmu
Maksiat dulu tetap disesali
Beramal soleh tidak jemu-jemu

Tetap hadir di majlis ilmu
Keluarga juga ikut sama
Beramal soleh tidak jemu-jemu
Memang dituntut oleh agama

Keluarga juga ikut sama
Menuntut ilmu ke mana saja
Memang dituntut oleh agama
Allah saja yang dipuja

Menuntut ilmu ke mana saja
Bertambah yakin kebenaran Islam
Allah saja yang dipuja
Solat berjemaah setiap malam

Bertambah yakin kebenaran Islam
Sumbernya Al-Quran dan Hadis
Solat berjemaah setiap malam
Ikut serta anak gadis

Sumbernya Al-Quran dan Hadis
Dua pesaka peninggalan Nabi
Ikut serta anak gadis
Beramal soleh jadikan hobi

Dua pesaka peninggalan Nabi
Didakwahkan oleh ulama muktabar
Beramal soleh jadikan hobi
Syarat utama ialah sabar

Didakwahkan oleh ulama muktabar
Contoh terbaik Imam Al-Ghazali
Syarat utama ialah sabar
Dengan jihad syurga dibeli

Contoh terbaik Imam Al-Ghazali
Seorang ulama yang beramanah
Dengan jihad syurga dibeli
Disebabkan ada jiwa mut’mainah.



HMS ABU BAKAR







Rabu, 19 November 2014

CITA-CITA TAK SAMPAI


Dari seorang pengikut yang setia
Sedia memandu kereta
Boleh pergi ke mana-mana
Elaun pemandu dibiarkan saja
Dapat ilmu lebih dari nilai dunia
Suasana ini
Berjalan berbulan-bulan
Agak-agak dah betul jadi kawan
Pada suatu hari dalam perbualan
Berlaku sedikit pertengkaran
Biasanya
Habis begitu saja
Kali ini berlainan pula
Dia lupa
Pahala di akhirat lebih berguna
Lepas itu tak tahu pergi ke mana
Mungkin menjaga keluarga
Mungkin cucu-cucu yang ada
Kuliah Dhuha langsung tak hadir
Kawan-kawan pun bertanya
Mana pergi si dia?
Tuan Guru pun ada bertanya
Berfaedah datang ke kuliah agama
Semua itu si dia tak ambil kira
Dia yang tahu alasannya
Bagiku ini semua urusan hati
Bila hati tak berkenan
Lupakan saja jasa rakan-rakan
Biarkan..biarkan
Kuliah Dhuha akan diteruskan.



HMS ABU BAKAR



Selasa, 18 November 2014

BERTAUBATLAH SEKARANG

BRIM umpama rasuah
Ucapan dari Anak Kedah
Rambut isteri masih terdedah
Rambut puteri tuanya juga terdedah
Di akhirat menerima padah
Jawatan besar tak berfaedah
Wang banyak tak berfaedah
Elok ikut Rasulullah
Bersama-sama jemaah
Berteraskan sunnah
Pemberi rasuah kata Rasulullah
Di neraka
Penerima rasuah
Ke neraka
Ikut Che Det
Pemberi BRIM perbuatan rasuah
Penerima BRIM kerja rasuah
Di akhirat kedua-duanya bermasalah
Eloklah bertaubat kepada Allah
Tinggalkan perjuangan asobiyah
Sokong yang berkopiah
Solat pula berjemaah
Di akhirat berfaedah.


HMS ABU BAKAR

Isnin, 17 November 2014

PANTUN BANYAKKAN SELAWAT


Pisang emas dibawa belayar
Masak sebiji diatas peti
Hutang Allah perlu dibayar
Pahala terkumpul dibawa mati

Masak sebiji di atas peti
Datang tetamu terus diberi
Pahala terkumpul dibawa mati
Dengan ilmu selamatlah diri

Datang tetamu terus diberi
Sambil makan sambil bersembang
Dengan ilmu selamatlah diri
Dakwah Islamiah perlu berkembang

Sambil makan sambil bersembang
Dimulai menyebut nama Allah
Dakwah Islamiah perlu berkembang
Boleh selesaikan banyak masalah

Dimulai menyebut nama Allah
Dapat berkat setiap tindakan
Boleh selesaikan banyak masalah
Kerja maaruf hendaklah diteruskan

Dapat berkat setiap tindakan
Sentiasa selawat ke atas Nabi
Kerja maaruf hendaklah diteruskan
Walaupun ujian datang bertubi-tubi

Sentiasa selawat ke atas Nabi
Digandakan pahala oleh Allah
Walaupun ujian datang bertubi-tubi
Akhirnya puak munafik pun kalah

Digandakan pahala oleh Allah
Diyakini oleh orang beriman
Akhirnya puak munafik pun kalah
Rakyat hidup dengan aman

Diyakini oleh orang beriman
Asas utama ilmu pengetahuan
Rakyat hidup dengan aman
Dari hijrah dapat pengajaran

Asas utama ilmu pengetahuan
Ilmu tauhid jadi pemangkin
Dari hijrah dapat pengajaran
Kuasa Allah bertambah yakin

Ilmu tauhid jadi pemangkin
Di bantu Tasauf dan Fekah
Kuasa Allah bertambah yakin
Bila Nabi takluki Mekah

Dibantu Tasauf dan Fekah
Beramal umat setelah beriman
Bila Nabi takluki Mekah
Negara sekelilingnya jadi aman



HMS ABU BAKAR


Ahad, 16 November 2014

PANTUN BERHENTI MENGELAT


Tudung periuk pandai menari
Menari lagu putera mahkota
Keredhaan Allah wajib dicari
Dengan mengorbankan semua harta

Menari lagu putera mahkota
Dalam Quran banyak cerita
Dengan mengorbankan semua harta
Baru di akhirat hidup sukacita

Dalam Quran banyak cerita
Kuasa Allah disana sini
Baru di akhirat hidup sukacita
Menghadapi penzalim tetap berani

Kuasa Allah di sana sini
Laut Merah terbelah dua
Menghadapi penzalim tetap berani
Firaun selama-lamanya kecewa

Laut Merah terbelah dua
Nabi Musa selamat mendarat
Firaun selama-lamanya kecewa
Semasa di dunia lupakan akhirat

Nabi Musa selamat mendarat
Tentera Firaun semuanya tenggelam
Semasa di dunia lupakan akhirat
Berani pula mencerca Islam

Tentera Firaun semuanya tenggelam
Taubat Firaun ditolak Allah
Berani pula mencerca Islam
Di akhirat menanti banyak masalah

Taubat Firaun ditolak Allah
Dilakukan sewaktu keadaan terdesak
Di akhirat menanti banyak masalah
Nafas sentiasa pula sesak

Dilakukan sewaktu keadaan terdesak
Firaun mahu melepaskan diri
Nafas  sentiasa pula sesak
Keampunan Allah baru dicari

Firaun mahu melepaskan diri
Sedar bahaya ada di hadapannya
Keampunan Allah baru dicari
Usaha sebegini takkan berjaya

Sedar bahaya ada di hadapannya
Baru ingin pertolongan Allah
Usaha sebegini takkan berjaya
Bertimbun-timbun pula masalah

Baru ingin pertolongan Allah
Mintalah setiap selepas solat
Bertimun-timbun pula masalah
Bertaubatlah dari kerja mengelat



HMS ABU BAKAR