Khamis, 6 November 2014

ULANGTAHUN KELIMA PULUH TUJUH KEMERDEKAAN MALAYSIA


I
Masa beredar
Jatidiri Melayu pudar
Bahasa Melayu diketepikan
Oleh anak peranakkan
Bila kuasa berlebihan
Bila menguasai Parlimen
Bila pimpinan kurang iman
Bila pemimpin minat hiburan
Bila mementingkan hanya kebendaan
Bila anak-anak Melayu keciciran
Banyak penagih dadah
Banyak lumba motor haram
Bergaul bebas
Remaja wanita terbabas
Seks mudah berlaku
Alam sekitar menggalakkan zina
Tanpa Islam
Tanpa Iman
Orang Melayu pasti hina
Berbeza dengan Cina
Mempertahankan bahasa ibunda
Mempertahankan budaya
Mempertahankan ternakan babi
Dieksport ke luar negeri
Banyak di era Islam Hadhari
Wujud di era Abdullah Badawi
Jom Heboh jadi tumpuan
Di siang hari pameran
Di malam hari ada Konsert Hiburan
Lupa batas-batas agama
Lupa masa hadapan

II
Inilah
Orang Melayu bermasalah
Ekonomi lemah
Sukan lemah
Budaya lemah

III
Yang lahir pada 31 Ogos 1957
Sudah berkahwin
Sudah bercucu
Tanpa Islam hilang sifat cemburu
Kaum lain terus maju
Lima puluh tujuh tahun merdeka
Seperti
Buah cempedak buah nangka
Buang Islam Melayu celaka
Seperti
Air kabung buat cuka
Air gamat buat ubat
Lima puluh tujuh tahun merdeka
Eloklah orang Melayu bertaubat
Tinggal semua unsur maksiat
Judi, rasuah dan mengelat
Perbuatan makhluk, Allah lihat
Dunia lepas, akhirat mudarat
Lima puluh tujuh tahun hanya bermanfaat
Kepada yang ingat
Melaksanakan syariat Islamiah.


HMS ABU BAKAR


Tiada ulasan:

Catat Ulasan