Isnin, 17 November 2014

PANTUN BANYAKKAN SELAWAT


Pisang emas dibawa belayar
Masak sebiji diatas peti
Hutang Allah perlu dibayar
Pahala terkumpul dibawa mati

Masak sebiji di atas peti
Datang tetamu terus diberi
Pahala terkumpul dibawa mati
Dengan ilmu selamatlah diri

Datang tetamu terus diberi
Sambil makan sambil bersembang
Dengan ilmu selamatlah diri
Dakwah Islamiah perlu berkembang

Sambil makan sambil bersembang
Dimulai menyebut nama Allah
Dakwah Islamiah perlu berkembang
Boleh selesaikan banyak masalah

Dimulai menyebut nama Allah
Dapat berkat setiap tindakan
Boleh selesaikan banyak masalah
Kerja maaruf hendaklah diteruskan

Dapat berkat setiap tindakan
Sentiasa selawat ke atas Nabi
Kerja maaruf hendaklah diteruskan
Walaupun ujian datang bertubi-tubi

Sentiasa selawat ke atas Nabi
Digandakan pahala oleh Allah
Walaupun ujian datang bertubi-tubi
Akhirnya puak munafik pun kalah

Digandakan pahala oleh Allah
Diyakini oleh orang beriman
Akhirnya puak munafik pun kalah
Rakyat hidup dengan aman

Diyakini oleh orang beriman
Asas utama ilmu pengetahuan
Rakyat hidup dengan aman
Dari hijrah dapat pengajaran

Asas utama ilmu pengetahuan
Ilmu tauhid jadi pemangkin
Dari hijrah dapat pengajaran
Kuasa Allah bertambah yakin

Ilmu tauhid jadi pemangkin
Di bantu Tasauf dan Fekah
Kuasa Allah bertambah yakin
Bila Nabi takluki Mekah

Dibantu Tasauf dan Fekah
Beramal umat setelah beriman
Bila Nabi takluki Mekah
Negara sekelilingnya jadi aman



HMS ABU BAKAR


Tiada ulasan:

Catat Ulasan