Isnin, 3 November 2014

JALAN SELAMAT


‘Jangan campakkan diri kamu ke dalam kebinasaan’
Maksud potongan ayat Al-Qur’an
Diyakini oleh orang beriman
Sedikit bilangan
Terutama di akhir zaman
Hidup penuh kepura-puraan
Pegang jawatan
Sampai bercerai roh dari badan
Tak suka teguran
Suka hanya puji-pujian
Cari makan
Jawapan dari ulama keduniaan
Lulusan Mesir, Syria, Iraq dan Jordan
Lihat saja penyelewengan
Berpanjangan
Negara perlu diselamatkan
Perlu pengorbanan dan perjuangan
Dalam negara demokrasi ini dibolehkan
Termaktup dalam Perlembagaan Persekutuan
Malaysia sebuah Negara Persekutuan
Makna Melayu ditafsirkan
Beragama Islam
Bercakap Bahasa Melayu
Mengikuti adat Istiadat Melayu
Menjadi kuat mengikut ajaran wahyu
Dengan ini Melayu boleh bersatu
Elakkan menipu
Elakkan undi hantu
Elakkan mengampu
Elakkan hisap candu
Haji Mabrur haji bermutu
Masuk syurga sudahlah tentu
Janji Allah jangan ragu-ragu
Janji Nabi Muhammad s.a.w jangan ragu-ragu
Di akhirat wang tak laku
Bangunan-bangunan tinggi tak laku
Bila masuk kubur baru tahu
Dalam TV ditayang selalu
Makin tengok makin jemu
Membuang masa dan waktu
Mahu selamat jalannya satu
Beriman
Beramal soleh
Bercakap yang hak
Bersabar menghadapi ujian
Ikut iblis menempah kebinasaan
Ikut syaitan menempah kebinasaan
Fikir tuan-tuan
Fikir puan-puan
Ulat bulu panjat durian
Sedap dulu sakit kemudian.


HMS ABU BAKAR
6 Zulhijjah 1422
(19 Februari 2002)
Kuala Lumpur




Tiada ulasan:

Catat Ulasan