Ahad, 2 Mac 2014

PEMIMPIN PENIPU

Ingat
Setiap kamu adalah pemimpin
Setiap kamu adalah ketua
Ikutlah kata-kata orang tua
Pengalaman hidup ada pada mereka
Kehebatan mereka ada yang direka-reka
Tapi Firaun tetap di neraka
Qarun dan Haman juga di neraka
Tiga serangkai yang menzalimi rakyat mereka
Budaya Firaun
Budaya Qarun
Budaya Haman
Ada di hadapan kita
Semasa berkuasa mengumpul harta
Hidup mewah seluruh keluarga
Shopping pula keluar negara
Dosa pahala lupa diambil kira
Nasib dalam kubur dibiarkan saja
Kehidupan pemimpin semacam raja
Raja Diamond Raja Lekok
Raja Spade Raja Kelawar
Yahudi pengasas industri rokok
Dalam neraka takkan keluar
Baru sedar Allah Maha Besar
Rugi buat kerja munkar
Pemimpin penipu sudah berakar
Membiarkan kerja kerja munkar
Melalui iklan iklan tertawan rakyat kampung
Sejak 57 tahun yang lalu
Pemimpin penipu muka tak malu
Dari tepung buat bahulu
Kuih tradisi orang Melayu
Sejarah Nabi bacalah selalu
Baru sedar kebenaran wahyu



HMS ABU BAKAR
paksalleh.blogspot.com
J'Awwal1435/Mac2014



Tiada ulasan:

Catat Ulasan