Selasa, 25 Mac 2014

MENANTI HUJAN TIBA


Bila panas setiap hari
Baru terfikir kehausan diri sendiri
Baru air hendak dicari
Boleh beli air
Bagi yang ada wang
Kayaraya dari politik wang
Walaupun berlaku tindakan curang
Biasa bagi yang mengabaikan sembahyang
Iman di dalam selalu goyang
Budaya munafik terbayang
Yang penting boleh tipu orang
Senang dari bangsa sendiri
Beri BRIM dipuji sepanjang hari
Lekas dibelanjakan untuk anak dan isteri
Habis duit kemana nak cari
Seperti menanti turun air hujan
Datangnya dari Tuhan
Hilang kehausan
Buah rambutan buah pulasan
Berbeza rupa rasanya sama
Di akhirat menanti saja balasan
Rugi yang tolak agama
Dengan syarikat Yahudi bekerjasama
56 tahun cukup lama
Rakyat tetap berkeadaan lama
Menunggu bantuan saja
Menanti air hujan tiba
Baru sedar Allah berkuasa


HMS ABU BAKAR
paksalleh.blogspot.com
J'Awal1435/Mac2014



Tiada ulasan:

Catat Ulasan