Ahad, 30 Mac 2014

BILA PEMIMPIN BERJIWA TENANG


‘Orang yang bahagia menyediakan waktu untuk
beribadat, kerana beribadat itu adalah ibu
dari segala ketenangan jiwa”
Kita hidup di dunia ini
Dengan satu tujuan
Iaitu beribadat kepada Allah
Tentu ada masalah
Perlu selesaikan masalah
Dengan beribadat secara berjemaah
Solat lima waktu berjemaah
Dipimpin imam yang bermaruah
Jiwanya, jiwa mutma’innah
Jiwa yang ingatkan Allah
Jiwa yang sakinah
Bila memimpin beramanah
Negarapun bebas dari masalah
Rakyat dapat banyak faedah
Puncanya mudah
Beribadat kerana Allah
Ketenangan jiwa diperolehi secara berhemah
Beriman dan istiqamah




HMS ABU BAKAR
paksalleh.blogspot.com
J'Awal1435/Mac2014


Tiada ulasan:

Catat Ulasan