Khamis, 7 November 2013

MUSLIMAH; PENGGERAK DAKWAH TRANSFORMATIF




Sesungguhnya semua Nabi
Semua rasul-rasul dari kalangan lelaki
Ini ketentuan Allah
Dengan sabar hadapi masalah
Peranan Siti Khadijah terserlah
Wanita pertama membantu Rasulullah
Membantu Nabi waktu susah
Yakin dengan kebenaran Islamiah
Inilah Siti Khadijah
Berkorban untuk suami tercinta
Infakkan harta
Harap-harap begitu juga Muslimah kita
Tanpa Muslimah
Pembenaan ummah akan tempang
Muslimah adalah ibu yang melahirkan zuriat ummah
Buat melanjutkan perjuangan Islam
Generasi ke generasi sileh berganti
Membenteras kerosakkan aqidah umat
Mengukuhkan institusi keluarga
Memerangi keruntuhan akhlaq
Bila ini kita faham
Baru mahu membantu perjuangan Islam
Oleh itu
Bergeraklah bersama SALIMAH
Mari sama-sama kita kukuhkan organisasi ini
Tinggal-tinggalkan rumah
Suka solat berjemaah
Suka dengar kuliah
Ilmupun bertambah, ajak remaja berubah
Tinggalkan tarikan asobiyah
Ikut saja perintah Allah
Contohi isteri-isteri Rasulullah
Yang dara hanya Aishah
Atasi semua masalah
Dengan mencintai Rasulullah
Bila ini diketahui ahli-ahli SALIMAH
Ahli-ahli pasti bertambah
Kesan dakwah transformatif
Dakwah melalui contoh-contoh terbaik
Baik tutur kata
Baik budibahasa
Berlemah lembut dalam pergaulan
Buatlah perkara baik, buatlah kebaikan
Berilah kebajikan, berilah bantuan
Kepada semua insan
Sedar Islam sebenar-benar jalan
Mematuhi arahan penuh ehsan
SALIMAH menempuh kejayaan
Dengan kerjasama sekelian                                      
Dengan izin Tuhan                                        
Cerah masa depan                                        
Semoga kita menjadi ahli syurga


HMS ABU BAKAR
paksalleh.blogspot.com
Muharram1435/Nov2013

 


Tiada ulasan:

Catat Ulasan