Jumaat, 22 November 2013

KAMU, APA YANG KAMU MAKAN




Selagi bertaraf manusia
Selagi itulah perlu kepada makanan
Sihatlah tubuh badan
Dari Sunnah Nabi ambil teladan
Berjihad untuk masa depan
Masa depan yang berpanjangan
Buat suruhan jauhi larangan
Elakkan berangan-angan
Cakap dan lakukan
Janji dilaksanakan
Dengan kesungguhan
Dengan ilmu pengetahuan
Dengan keimanan, dengan amalan
Luruslah jalan
Jalan kebajikan, jalan kebenaran, jalan keadilan
Tentu berhadapan dengan kezaliman
Dengan globalisasi yang penuh hiburan
Yang cinta keduniaan
Bermula dari makanan
Bila makan yang halal jelaslah pendirian
Tolak parti perkauman
Tolak pimpinan penuh kepura-puraan
Banyak di akhir zaman
Menguasai kerajaan Persekutuan
Harga gula naik menyusahkan
Harga petrol naik menyusahkan
Susahlah kehidupan
Rakyat bawahan
Perlu perubahan
Pemikiran
Perkataan dan tindakan
Yang halal saja dimakan
Baru anda menerima kebenaran
Kebenaran Al-Quran
Kebenaran aqidah ahli Sunnah wal Jamaah
Modal dalam tanah


HMS ABU BAKAR
paksalleh.blogspot.com
Muharram1435/Nov2013

 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan