Isnin, 25 November 2013

BERSIHLAH KITA SEMUA


“Apabila kamu bangun dari tidur, cucilah tanganmu
sebelum memasukkannya ke dalam bekas air, sesungguhnya
kamu tidak tahu di mana tanganmu semalam”
Kebersihan badan ditekankan dalam Islam
Kesihatan rohani juga
Dengan berzikir seluruh keluarga
Ke majlis ilmu bawalah keluarga
Kebajikan rakyat juga dijaga
Dari pimpinan menuju syurga
Dengan berakhlak mulia
Dengan berbaik-baik sesama manusia
Baru aman negara
Baru SB kurang kerja
Boleh gunakan masa lapang belajar agama
Membenteras kongsigelap tugas bersama
Kenal pasti 49 semuanya
Diketahui oleh KDN
Disedari pihak bistari
Punca merebaknya senjata api
Hidup mewah perangsang utama
Jahil pula hukum-hukum agama
Negara boleh binasa
Menyekatnya gunakanlah kuasa
Demi negara tercinta
Mati syahid jadikan cita-cita
Menanti di syurga bidadari jelita
Oleh itu berhijrahlah kita
Kuatkan azam kita
Berjihadlah setiap masa
Di dunia tempat berusaha
Di akhirat menanti bahagia
Peluang masih terbuka



HMS ABU BAKAR
paksalleh.blogspot.com
Muharram1435/Nov2013


Tiada ulasan:

Catat Ulasan