Jumaat, 10 Februari 2012

PANTUN HARI PERKAHWINAN



1. Tanjung Katong airnya biru
  Tempat pelancong datang berehat
 Perkahwinan memang Nabi seru
  Diterima yang berjiwa sihat

2. Bunga tanjung putih berseri
  Gugur ke bumi di waktu malam
 Bahagia perempuan bergelar isteri
  Melahirkan zuriat beragama Islam

3 Bunga ros bunga mawar
  Ditanam banyak di sekitar taman
 Orang beriman jiwanya segar
  Beramal untuk Hari Kemudian

4. Tanam tebu tanam ubi
  Tumbuh subur di tepi kolam
 Perkahwinan adalah Sunnah Nabi
  Lahir ramai pejuang Islam

5 Dalam kolam itik berenang
  Nampak helang terus menyelam
 Dengan perkahwinan jiwa pun tenang
  Sama-sama belajar ilmu kalam

6 Air sungai mengalir tenang
  Berenang ikan ke hulu ke hilir
 Kehidupan perasuah nampak senang
  Dalam neraka lidah terjelir

7 Manis rasa air nira
  Minum sewaktu berbuka puasa
 Kebajikan keluarga diambil kira
  Suamilah yang memegang kuasa

8 Ikan puyu ikan keli
  Dua jenis ikan darat
 Kelemahan isteri jangan diperli
  Suami pula cintakan akhirat


HMS ABU BAKAR
paksalleh.blogspot.com
RAwal1433/Feb2012

Tiada ulasan:

Catat Ulasan