Khamis, 2 Februari 2012

TAHUN NAGA




Tahun Baru Cina
Tahun Naga
Semoga baik seluruh keluarga
Setiap masa berjaga-jaga
Selamat bila laksanakan Buku Jingga
Semasa pegang Putrajaya
Semua manusia mahu berjaya
Bukan dengan tipudaya
Bersehkan perjalanan pilehanraya
Berpandukan undang-undang yang ada
Ingatlah Allah melihat kita
Cara halal kumpul harta
NFC jadi berita
Diberi projek bernilai ratusan juta
Di sana sini orang bercerita
Jadi kayaraya secara mi-segera
Ini semua Allah ambil kira
Di akhirat menanti neraka
Tempat paling celaka
Rugi manusia yang bermuka-muka
Di depan rakyat senyum saja
Beri RM500 ramai gembira
Lupa naik harga
Lupa rosak akhlak keluarga
Muhasabah di tahun Naga
Tiga bangsa
Melayu; India; dan Cina
Masyarakat berkebajikan mahu dibina
Dengan rasa hormat sesama manusia
Dengan pimpinan berwibawa
Inilah harapan kaum Cina
Di seluruh dunia


HMS ABU BAKAR
paksalleh.blogspot.com
RAwal1433/Feb2012

Tiada ulasan:

Catat Ulasan