Rabu, 29 Februari 2012

KAWAN SEPERJUANGAN


Kehidupan makhluk adalah perjuangan
Menjaga kesihatan diri
Kesihatan jasmani
Kesihatan rohani
Dengannya manusia jadi berani
Berani
Menentang penzalim-penzalim
Menentang pengkhianat negara
Dalam masa yang sama perintah Allah buat segera
Dengan ilmu di dada
Di depan kita berbagai propaganda
Diberi publisiti luas oleh media perdana
Ramai rakyat terpesona
Di sana sini kedengaran cerita
Baiknya kerajaan pusat kita
Beri duit merata-rata
Kedengaran
Pertahan silat
Biar terus mengelat
Melalui internet rakyat lihat
Bapak-bapak penjahat
Ibu-ibu penjahat
Projek mega mereka dapat
RM100 bagi kanak-kanak sekolah
RM 500 bagi gulongan berpendapatan rendah
Apco Worldwide dapat faedah
Dibayar upah
Negara terus bermasalah
Bila lupa amarah Allah
Ayat 120 surah Al-Baqarah
Membisu Sahibulsamah
Keyakinan akhirat ternyata lemah
Akaun-akaun bank bertambah
Rakyat mulai menyampah
Ibarat sampah
Suasana getir perlu diubah
Ubah diri dulu
Ubah kawan seperjuangan
Buat suruhan tinggal larangan
Dibantu ilmu pengetahuan
Berba’iah untuk kebaikan
Mematuhi semua perintah Tuhan
Memuliakan Al-Quran
Mengandungi berbagai pengajaran
Manusia jenis ini jadikan kawan
Jauhi dari cinta keduniaan
Ada pada Firaun; Qarun dan Haman
Dikutuk Tuhan
Sepanjang zaman
Abu Bakar As-Sidiq berlainan
Inilah kawan sejati
Bukan Ngo berjenama JATI
Sokong penzalim tanda jiwa mati
Tak bernilai PHD
Ikutlah perangai ubi
Makin lama makin berisi
Disahut rakyat reformasi
Mahu hapuskan budaya korupsi
Mendokong cita-cita Paksi
Mahu setiap kita berkata benar
PPSMI merosakkan bangsa Melayu
DEB dirosakkan oleh Gerombolan Ketuanan Melayu
Disebabkan pimpinan layu
Bahasa Melayu pun layu
Kawan-kawan mereka pun layu
Disebabkan menolak wahyu
Ikan keli ikan puyu
Berenang-renang dalam sawah
Berkawan yang ikut wahyu
Berjihad dengan jiwa mutma’innah
Bersedia berumah dalam tanah
Berkawan pimpinan yang beramanah
Seperti Abu Bakar dengan Rasulullah
Kawan seperjuangan yang mencintai Allah


HMS ABU BAKAR
paksalleh.blogspot.com
RAkhir1433/Feb2012

Tiada ulasan:

Catat Ulasan