Jumaat, 28 Januari 2011

Berbalas Pantun Di antara HMS Abu Bakar dan Jaafar Rahim 1

Berbalas pantun ini melalui SMS pada 21 Jan 2011 mengenai PRK DUN Tenang.

HMS:

Dalam sungai ikan berenang
Ada seluang ada baung
Cikgu Mala boleh menang
Pasti orang UMNO meraung

Jaafar Rahim:

Cikgu Daud sakit lelah
Sambil naik kereta perodua
Kalah menang kuasa Allah
Kita hanya boleh berdoa

HMS:

Bersarang rendah burung tempua
Nampak padi turun ke sawah
Parti UMNO dah tua
Pimpinannya kaya dengan rasuah

Jaafar Rahim:

Hari-hari berenang-renang
Berenang-renang di sungai tepu
Kalau pun BN menang
PAS masih anggap UMNO tipu

Menulis puisi berjela-jela
Baca puisi di tepi sawah
Jangan puji jangan dibela
Di Kelantan pun ada rasuah

HMS:

Menangkap ikan menggunakan jala
Dapat ikan terus dijual
Puji PAS dapat pahala
Cari rezeki cara halal

Habib Noh dianggap keramat
Makamnya ada di pulau Singapura
Dakwah Islam tidak tamat
Di akhirat Allah ambil kira


HMS ABU BAKAR
paksalleh.blogspot.com
Safar1432/Jan2011

Tiada ulasan:

Catat Ulasan