Isnin, 5 April 2010

ADA YANG BERKATA

Ada orang berkata
Dia Melayu
Dia Islam
Tapi jahil ilmu kalam
Pergi kelab malam
Sekularisme siang malam
Masjid mereka kuasai
Tujuannya hanya satu
Sekat tazkirah
Sekat ceramah

Ada orang berkata
Dia menjunjung perlembagaan
Dia lupa definasi Melayu
Perkara 160
Beragama Islam
Ikut adat istiadat Melayu
Bercakap bahasa Melayu

Lihat apa yang berlaku
Melayu hanya pada nama
Lihat PPSMI
Bahasa Inggeris diutama
Budaya lucah dibiar saja
Dalam media massa
Ini sekular

Sekularisme
Agama lain politik lain
Agama hanya hal peribadi
Hiburan lebih
Pergaulan bebas dibiarkan
Rosak akhlak muda mudi
Anak luar nikah menjadi-jadi
Yang tua
Miang miang keladi
Makin tua makin menjadi
Senyum saja Yahudi

Tiada ulasan:

Catat Ulasan