Khamis, 1 April 2010

PANTUN PERGAULAN BEBAS

Pisang nangka pisang raja
Dua jenis buah tempatan
Dengan agama didiklah remaja
Baru selamat dari gengguan syaitan

Dua jenis buah tempatan
Boleh dibuat pengat pisang
Baru selamat dari gengguan syaitan
Benteng ulama ialah sembahyang

Boleh dibuat pengat pisang
Makan semasa berbuka puasa
Benteng ulama ialah sembahyang
Ingat Allah sepanjang masa

Makan semasa berbuka puasa
Bersama anak dan juga isteri
Ingat Allah sepanjang masa
Sentiasa pula muhasabah diri

Bersama anak dan juga isteri
Solat berjemaah dalam rumah
Sentiasa pula muhasabah diri
Kesan mendengar banyak ceramah

Solat berjemaah dalam rumah
Dilakukan bukan setiap waktu
Kesan mendengar banyak ceramah
Sesama jemaah mudah bersatu

Dilakukan bukan setiap waktu
Makan bersama seisi keluarga
Sesama jemaah mudah bersatu
Harap-harap masuk ke syurga

Makan bersama seisi keluarga
Bila ada waktu lapang
Harap-harap masuk ke syurga
Sekat kelahiran anak gampang

Bila ada waktu lapang
Bawa keluarga pergi berkelah
Sekat kelahiran anak gampang
Dengan bertaqwa pada Allah


Bawa keluarga pergi berkelah
Boleh lihat pemandangan indah
Dengan bertaqwa pada Allah
Pasti aurat tidak terdedah

Boleh lihat pemandangan indah
Air sungai mengalir jernih
Pasti aurat tidak terdedah
Dengan perkahwinan ditanam benih

Air sungai mengalir jernih
Ikan darat kelihatan berenang
Dengan perkahwinan ditanam benih
Dimulai dengan majlis bertunang

Ikan darat kelihatan berenang
Terutama kaloi dan juga seluang
Dimulai dengan majlis bertunang
Ikut akujanji semasa sembahyang

Terutama kaloi dan juga seluang
Boleh dimasak gulai lemak
Ikut akujanji semasa sembahyang
Dihayati umarak dan juga ulamak
 
Boleh dimasak gulai lemak
Santapan dinikmati bersama keluarga
Dihayati umarak dan juga ulamak
Membawa rakyat menuju syurga

Dideklamasikan selepas kuliah maghrib Ust Wan Tarmizi di Surau An Nur Taman Indah, Tapah pada 31-3-2010





Tiada ulasan:

Catat Ulasan