Khamis, 1 April 2010

PANTUN PUISI BERFAEDAH

Burung pipit terbang rendah
Mencari padi turun ke sawah
Mendengar puisi banyak faedah
Boleh digunakan untuk berdakwah

Pergi ke sawah setiap hari
Mencari rezeki menuai padi
Keredhaan Allah perlu dicari
Dengan iman Insyaallah menjadi

Dari padi dapat beras
Bila ditanak dapat nasi
Aqidah kita ialah teras
Menentang munkar dengan reformasi

Nasi tomato nasi minyak
Boleh dibeli di pasar malam
Pembelot mesti kita lanyak
Dengan iman dan Islam

Tiada ulasan:

Catat Ulasan