Sabtu, 28 Februari 2015

PANTUN INDAHNYA AGAMA


Tanam pisang tanam ubi
Ubi ditanam buatkan batas
Mari hidupkan Sunnah Nabi
Nescaya Islam naik keatas

Ubi ditanam buatkan batas
Tumbuh subur tanpa baja
Nescaya Islam naik keatas
Allah saja yang dipuja

Tumbuh subur tanpa baja
Termasuk menanam pokok pisang
Allah saja yang dipuja
Iman didalam menjadi perangsang

Termasuk menanam pokok pisang
Pisang emas atau berangan
Iman didalam menjadi perangsang
Mudah Islam dapat kemenangan

Pisang emas atau berangan
Bila masak sedap dimakan
Mudah Islam dapat kemenangan
Aktiviti dakwah perlu diperbanyakkan

Bila masak sedap dimakan
Terutama semasa berbuka puasa
Aktiviti dakwah perlu diperbanyakkan
Disokong oleh pihak berkuasa

Terutama semasa berbuka puasa
Meriah sekali di bulan ramadhan
Disokong oleh pihak berkuasa
Melihatnya syaitan merasa hairan

Meriah sekali di bulan ramadhan
Selepas berbuka solat berjemaah
Melihatnya syaitan merasa hairan
Ramai pula dengar ceramah

Selepas berbuka solat berjemaah
Meriah nampak suasana ramadhan
Ramai pula dengar ceramah
Dengannya bertambah ilmu pengetahuan

Meriah nampak suasana ramadhan
Solat terawih melimpah ruah
Dengannya bertambah ilmu pengetahuan
Inilah hikmah adanya tazkirah

Solat terawih melimpah ruah
Ramai kelihatan muka baru
Inilah hikmah adanya tazkirah
Kepada kebaikan jemaah diseru

Ramai kelihatan muka baru
Mahu solat terawih bersama-sama
Kepada kebaikan jemaah diseru
Jelas kelihatan indahnya agama


HMS ABU BAKAR


Tiada ulasan:

Catat Ulasan