Selasa, 24 Februari 2015

PANTUN KEKAL DIKEJI

Akar terendam dalam parit
Musim hujan airnya penuh
Dalam kubur ada yang menjerit
Semasa hidup cukup tak senonoh

Musim hujan airnya penuh
Kanak-kanak boleh mengail ikan
Semasa hidup cukup tak senonoh
Dasar perkauman terus diperjuangkan

Kanak-kanak boleh mengail ikan
Kesemuanya jenis ikan darat
Dasar perkauman terus diperjuangkan
Nasib orang kampung terus melarat

Kesemuanya jenis ikan darat
Terutama sepat dan keli
Nasib orang kampung terus melarat
Mungkir janji pula berkali-kali

Termasuk sepat dan keli
Sedap masak gulai tempoyak
Mungkir janji pula berkali-kali
Memimpin negara sebenarnya tak layak

Sedap masak gulai tempoyak
Makan setelah bekerja disawah
Memimpin negara sebenarnya tak layak
Mengkayakan diri melalui rasuah

Makan setelah bekerja disawah
Menanam padi punca rezeki
Mengkayakan diri melalui rasuah
Kepada ulama akhirat berhasad dengki

Menanam padi punca rezeki
Waktu maghrib solat berjemaah
Kepada ulama akhirat berhasad dengki
Inilah budaya pimpinan tak beramanah

Waktu maghrib solat berjemaah
Hadir pula dimajlis ilmu
Inilah budaya pimpinan tak beramanah
Mengejar dunia tak jemu-jemu

Hadir pula dimajlis ilmu
Buku nota dibawa bersama
Mengejar dunia tak jemu-jemu
Lupa hidup akhirat itu lama

Buku nota dibawa bersama
Mencatat apa-apa yang berguna
Lupa hidup akhirat itu lama
Bila mati tergolong yang hina

Mencatat apa-apa yang berguna
Boleh diguna sebagai ulangkaji
Bila mati tergolong yang hina

Jadilah manusia yang dikeji


HMS ABU BAKAR


Tiada ulasan:

Catat Ulasan