Ahad, 8 Februari 2015

HARIJADI KE 83 TAHUN PAK SAMAD


I
Pak Samad yang saya kenali
Membaca Quran setiap hari
Pelengkap diri
Puasa sunat hari Isnin dan Khamis
Membaca menjadi hobinya
Mukanya bercahaya
Hari Ahad harijadinya
Genap umurnya 83 tahun
Tarikhnya 8 Februari 2015
Yakin dengan agama
Dengan reformasi beri kerjasama

II
Hari Ahad harijadinya
Istiqamah dalam keyakinannya
Merubah masyarakat tugasnya
Dengan membaca
Dengan berfikir
Dengan berusaha
Inilah caranya
Meyakini Yang Maha Esa
“Demi masa
Sesungguhnya manusia berada didalam kerugian”
Mengelakkan kerugian
Mesti beriman
Mesti beramal soleh
Baru Putrajaya beralih
Inilah hasrat keyakinan
Pak Samad

III
Baca buku hingga tamat
Inilah usaha pelengkap diri
Semoga sihat Pak Samad
Hanya keredhaanNya kita cari

IV
Selamat harijadi
Hari Ahad
8 Februari 2015
Dari hati yang ikhlas


HMS ABU BAKAR



Tiada ulasan:

Catat Ulasan