Isnin, 2 Jun 2014

DEBARAN PIALA THOMAS


Jam 5.30 petang
Hari Ahad
Peminat-peminat badminton
Mengharapkan Malaysia
Jadi juara Thomas Cup kali ini
Di depan TV memberi tumpuan sepenuh hati
Dato Lee Cheong Wei mendapat mata pertama
Jaguh nombor satu dunia
Mudah menundukkan pemain utama Jepun
Gemuruhlah bunyi suara rakyat Malaysia
Di depan TV di seluruh negara

Bila tiba permainan regu pertama Malaysia tak berupaya
Jepun menyamakan kedudukan satu sama
Debaran jantung mula meningkat
Bertambah mendebarkan
Bila pemain perseorangan kedua negara kecundang

Terikat kedudukan Jepun dua Malaysia satu
Tidak lama kemudian
Malaysia menyamakan kedudukan
Menjadi dua sama
Debaran jantung bertambah deras
Harap-harap pemain 'single' ketiga negara
Boleh curi satu mata
Tetapi putih mata
Kalah dalam set ketiga
Mengeluh ramai keluarga
Isteri PM kecewa

Piala Thomas berhijrah ke Tokyo
Putih mata orang Melayu
Apa kata jaguh ketuanan Melayu
" Malaysia tiada nasib kali ini"

Memang ada lain kali
Bila hidupkan sunnah Nabi
Berzikir setiap hari
Bersyukur kepada Ilahi
Berfikir dengan minda yang bersih

Malaysia adalah kepunyaan semua rakyatnya
Melayu bukan tuannya
Tuannya ialah Allah
Oleh itu ikutlah ajaran Allah
Lupakan politik asobiyah
Lupakan perkauman sempit
Jadilah peminat-peminat setia
Nabi kita

Tanpa mendeskriminasi bangsa
Mari bersama-sama berjasa
Menanfaat masa
Dengan kehidupan kita ikut agama
Semua bangsa bekerjasama
"Perpaduan sebagai alatnya"


HMS ABU BAKAR



Tiada ulasan:

Catat Ulasan