Ahad, 29 Jun 2014

1 RAMADAN 1435H


Hari Ahad
Melawan syaitan dengan jihad
Mula-mula betulkan niat
Niat kerana Allah
Niat kerana Rasulullah
Nescaya puak Iblis kalah
Ambil air dari kolah
Tempat orang ambil wudhuk
Berpuasa bukanlah suatu masalah
Dengan iman mudah tawadhuk
Semasa berbuka air diteguk
Sebelum itu makan kurma
Solat berjemaah menguatkan agama
Dengar tazkirah bersama-sama
Bukan pula lama
Tiga puluh minit saja
Lepas itu minum teh
Di bulan Ramadan masa berlateh
Buka telinga permulaan usaha
Catit apa yang didengar
Balik ke rumah dibaca semula
Bila diamalkan bertambah pahala
Elok jika dimiliki pemimpin negara
Baru dosa pahala diambil kira
Dalam kubur tentulah gembira




HMS ABU BAKAR


Tiada ulasan:

Catat Ulasan