Ahad, 22 Jun 2014

MASJID PANGLIMA KINTA PEKAN BARU IPOH


Orang Melayu dahulu
Berpandangan jauh
Buat apa yang Nabi suruh
Berpegang dengan Sunnah
Mendirikan masjid tindakan mulia
Masjid pertama di Qubah
Seterusnya masjid Nabawi di Madinah
Kesan hebat dari Hijrah
Nabi jadi Pemerintah
Berkembang dakwah
Berteraskan Al-Quran dan As-Sunnah
Inilah amanah
Dimiliki Orang  Kaya-Kaya Dato Panglima Kinta
Pada tahun 1908 korbankan harta
Bina masjid
Tersergam di depan kita
Sekarang dah lebeh dari seratus tahun
Dari Allah sama-sama kita bermohon
Dosa Dato Panglima Kinta diampun
Dikurniakan rahmat kepadanya
Dan juga kepada keluarga
Tugas kita menjaga masjid berumur 106 tahun
Dengan mengimarakkannya
Melalui majlis-majlis ilmu
Melalui Qiamullail
Mudah luput sifat jahil
Mudah hapus fahaman asobiyah
Memang dilarang oleh Rasulullah
Banyakkan pula dakwah
Malam Ramadhan diadakan tazkirah
Sampai pahalanya kepada arwah
Orang Kaya-Kaya Dato Panglima Kinta
Dia dapat rahmat dari Allah
Kita pula dapat faedah
Meneruskan wakaf Dato Panglima Kinta
Pahalanya berterusan
Teruskan
Kuliah Dhuha
Dihujung minggu
Teruskan
Kuliah Maghrib
Teruskan aktiviti dakwah
Di masjid yang bersejarah ini
Teruskan
Wahai rakan-rakan
Dato Panglima Kinta dapat kebaikan
Berbanyak syukur kepada yang meneruskan
Kerja kebajikan
Hasil pandangan jauh
Dato Panglima Kinta
Adapun tugas kita
Meneruskan kelangsungan
Masjid yang bersejarah ini
Dengan iman dan istiqamah



HMS ABU BAKAR


Tiada ulasan:

Catat Ulasan