Jumaat, 29 Mei 2015

PANTUN RELA IKUT

Dua tiga kucing berlari
Mana sama si kucing belang
Pimpinan beramanah sedang dicari
Dapat ramai kaki temberang

Mana sama si kucing belang
Duduk dirumah menunggu tikus
Dapat ramai kaki temberang
Berjuang kerana mahu fulus

Duduk dirumah menunggu tikus
Dapat seekor terus dimakan
Berjuang kerana mahu fulus
Kerana asobiyah negara digadaikan

Dapat seekor terus dimakan
Juga kebiasaan helang bukit
Kerana asobiyah negara digadaikan
Datang GST bertambah sakit

Juga kebiasaan helang bukit
Terbang tinggi mengintai mangsa
Datang GST bertambah sakit
Rakyat hidup semacam terseksa

Terbang tinggi mengintai mangsa
Juga harimau dihutan belantara
Rakyat hidup semacam terseksa
Pertukaran kerajaan eloklah segera

Juga harimau dihutan belantara
Dapat rusa terus dimakan
Pertukaran kerajaan eloklah segera
Cepat rakyat dapat kebajikan

Dapat rusa terus dimakan
Boleh ditonton di National Geography
Cepat rakyat dapat kebajikan
Semangat reformasi jadikan api

Boleh ditonton di National Geography
Cerita binatang buas diAfrika
Semangat reformasi jadikan api
Baru penzalim padan muka

Cerita binatang buas diAfrika
Termasuk harimau dan singa
Baru penzalim padan muka
Mahu merasai nikmat syurga

Termasuk harimau dan singa
Dianggap raja didalam rimba
Mahu merasai nikmat syurga
Kesusahan jihad perlulah cuba

Dianggap raja di dalam rimba
Binatang lain semuanya takut
Kesusahan jihad perlulah cuba
Baru pengikut rela ikut



HMS Abu Bakar


Tiada ulasan:

Catat Ulasan