Isnin, 2 Mac 2015

PANTUN PENYELAMAT DIRI


Rimbun ke dangsa tepian paya
Pohon asam diapit pulasan
Kebenaran Islam ramai percaya
Tarikan utama ialah ekhsan

Pohon asam diapit pulasan
Bila masak berwarna merah
Tarikan utama ialah ekhsan
Islam berkembang selepas hijrah

Bila masak berwarna merah
Buah pulasan dan rambutan
Islam berkembang selepas hijrah
Walaupun disekat oleh syaitan

Buah pulasan dan rambutan
Manis rasa bila dimakan
Walaupun disekat oleh syaitan
Kebenaran Islam jadi tarikan

Manis rasa bila dimakan
Terutama sekali buah kurma
Kebenaran Islam jadi tarikan
Berbagai bangsa boleh bekerjasama

Terutama sekali buah kurma
Dimakan bila berbuka puasa
Berbagai bangsa boleh bekerjasama
Nikmat iman sama-sama rasa

Dimakan bila berbuka puasa
Puasa wajib atau pun sunat
Nikmat iman sama-sama rasa
Melihatnya orang kafir pun berminat

Puasa wajib atau pun sunat
Pasang niat di malam hari
Melihatnya orang kafir pun berminat
Kebenaran saja menyelamat diri

Pasang niat di malam hari
Selepas sahur menanti subuh
Kebenaran saja menyelamat diri
Dengan beramal jiwa pun teguh

Selepas sahur menanti subuh
Solat berjemaah bersama keluarga
Dengan beramal jiwa pun teguh
Terbuka jalan menuju syurga

Solat berjemaah bersama keluarga
Lakukan di surau atau masjid
Terbuka jalan menuju syurga
Berniat untuk mati syahid

Lakukan di surau atau masjid
Buatlah setiap lima waktu
Berniat untuk mati syahid

Inilah mati yang bermutu


HMS ABU BAKAR


Tiada ulasan:

Catat Ulasan