Rabu, 2 Julai 2014

4 RAMADAN 1435H


Hari Rabu
Ingat jasa ayah dan ibu
Nilainya bukan seribu
Allah saja Maha Tahu
Doakan ayah ibu selalu
Jangan biar sesaatpun berlalu
Melainkan
Mendoakan kedua ibubapa kita
Banyak yang boleh dicerita
Mereka bukan berharta
Tapi ada cita-cita
Mahu anak mereka berjaya
Di sekolahkan mereka
Di sekolah Melayu
Di sekolah Agama Rakyat
Diatas kerjasama
Anggota masyarakat
Orang-orang kampung berpakat
Mendirikan surau
Mendirikan masjid
Belajar ilmu tajwid
Belajar ilmu Tauhid
Belajar ilmu Fekah
Digalakkan bersedekah
Dari rezeki menoreh getah
Dari rezeki menanam padi
Bergeraklah ekonomi
Buta hurufpun basmi
Diangkat kegunaan tulisan rumi
Setelah negara merdeka
Pada 31 Ogos 1957
Dah hampir 57 tahun
Dari Allah kita bermohon 
Supaya kerajaan keduniaan turun 


HMS ABU BAKAR



Tiada ulasan:

Catat Ulasan