Selasa, 1 Julai 2014

3 RAMADAN 1435H


Hari Selasa
Hari ketiga umat Islam berpuasa
Beredar cepat rupanya masa
Cepat-cepat pula ada puak
Mengumpul harta
Dari tampuk kekuasaan
Memiliki harta berlebihan
Lupa diperhatikan Tuhan
Tinggi nampak gunung Tahan
Terletak di Pahang Darul Makmur
Di siang hari nafsu ditahan
Dosa dan pahala janganlah dicampur
Amalan salih elok diukur
Dengan maqam taqwa
Takut kepada Allah Yang Maha Mulia
Redha dengan harta yang sedikit
Ingin melaksanakan isi
Kandungan Al-Quran
Bersedia menemui Allah
Di Hari Kiamat
Oleh itu hendaklah cermat
Banyakkan ibadat
Dimulai dengan niat
Boleh menguatkan syariat
Inilah tugas umat Nabi Muhammad s.a.w


HMS ABU BAKAR



Tiada ulasan:

Catat Ulasan